Uncategorized

Pakaikan Anak Lelaki Gaun Elsa, Megan Fox Dihentam

Share

Bintang Hollywood yang pernah memegang watak heroin dalam filem Transformers, Megan Fox telah dihentam oleh netizen kerana dia telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya yang menunjukkan anak lelakinya memakai gaun.

Dia telah memakaikan anaknya itu gaun daripada watak animasi Frozen, Elsa.

Rentetan daripada perkongsiannya itu, ruang komen gambar tersebut telah dihujani dengan kritikan dan kecaman terhadapnya.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan bahawa anak Megan itu masih kecil dan tiada masalah jika dia memakai pakaian perempuan.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan hak masing-masing juga untuk menilai sama ada elok atau tidak.

Terjumpa juga di carian imej Google gambar anak sulung Megan ini memakai gaun. Mari kita lihat foto anak Megan ini.

 

Sumber: Instagram Megan Fox

IKLAN