Uncategorized

Pakai Serba Hitam Di Golden Globes, Selebriti Tunjuk Solidariti Mangsa Seksual

Share

Semalam menyaksikan Anugerah Golden Globes ke 75 berlangsung dengan jayanya, bagaimanapun yang menjadi buah mulut orang ramai tentunya tema serba hitam yang digayakan selebriti pada malam itu.

Tambah pelik apabila terdapat juga hashtag Time’s Up membuatkan orang semakin keliru.

Rupa-rupanya, pakaian serba hitam oleh majoriti selebriti pada malam itu bagi menunjukkan solidariti pada mangsa-mangsa yang pernah terkena gangguan seksual dan juga mangsa buli.

Maksud Time’s Up pula bermakna cukup-cukuplan isu ini berleluasa tanpa ada sekatan dan sudah tiba masanya untuk para mangsa berani tampil ke hadapan.

Bagus betul tema Golden Globes kali ini kan?

Antara selebriti yang kelihatan anggun dengan busana hitam mereka adalah Halle Berry, Catherine Zeta-Jones, Kate Hudson, Emma Watson, Dakota Johnson, Emma Stone Alison Brie, Claire Foy dan banyak lagi.

Pada mulanya mungkin kedengaran skeptikal sebab berpakaian serba hitam masa anugerah berprestij, tapi Golden Globes kali ini nyata berbeza apabila ia kelihatan sangat elegan sekali.

Dalam pada itu, majlis pada malam itu turut menyaksikan ‘history being made’ apabila Oprah Winfrey yang memenangi Anugerah Cecil.B Demille pada malam itu mengakui ada berfikir untuk bertanding sebagai presiden.

Wow! didn’t see that one coming…

Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah kepada semua para pemenang pada malam tersebut!

IKLAN