Baru-baru ini, penampilan penyanyi dan usahawan Linda Rafar telah menjadi persoalan serta tanda tanya kepada para peminat.
Ini kerana, kakak kepada pelakon Diana Rafar itu dilihat mulai mengenakan niqab menerusi beberapa entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut.
Ads
Pada masa sama, penyanyi anggota kumpulan Elite ini memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Assalamualaikum…Ramai yg dm message tanya linda dah berniqab ke?
Ads
“Nanti la linda buat live n u all bole tanya ok.. now I’m not ready to answer.. but pls doa yg baik2 utk linda k..,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon, Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3 petang semalam setelah 23 hari bertarung dengan wabak Covid-19.
Meskipun agak berat baginya untuk menerima kenyataan tersebut, namum dia tetap reda dengan segala ketentuan Allah SWT.
Dikesempatan itu juga, Fariza mengakui hatinya berasa amat senang kerana diberikan kesempatan untuk menyempurnakan proses pengebumian jenazah ibunya itu dari awal hingga akhir.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu yang saya sayangi yang telah meninggalkan kami semua pukul 3 petang 10 November 2021.
“23 hari cik bertarung dengan covid19 di hospital. Dari hospital A ke hospital B dan dari wad biasa ke CCU utk covid patient. Sepanjang cik di hospital, kami satu keluarga dapat buat video call dengan cik, buat bacaan yasin sama-sama.
“Bila dapat tahu cik dh tak ada, adik sedih tapi adik tetap redha. Redha dengan ketentuan Dia. Adik diberikan rezeki terbesar dapat mandi, kafankan dan teman cik sepanjang perjalanan dalam van jenazah.
“Adik tak tahu dari mana datangnya kekuatan ni tapi setitik pun tak menangis bila adik tengok muka cik. Adik bersyukur dan happy tengok cik senyum. Muka cik suci bersih. Moga husnul khotimah cik. Moga syurga Firdaus buat cik,” tulisnya.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fariza turut menyifatkan ibunya itu sebagai seorang yang sangat pemurah bukan sahaja buat ahli keluarganya tetapi juga buat orang-orang di sekelilingnya.
“Banyak kebaikan yang cik dah buat di dunia. Urusan pengembumian cik semalam sangat dipermudahkan. Cepat dan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ramai yang tolong untuk uruskan cik. Cik baik ramai orang sayang.
Dulu selalu jugak mempersoal kenapa la cik suka ambik tempahan makanan tapi cik suka letak harga murah murah sometimes rasa mcm tak padan dgn effort dan masa tapi cik cakap “biarlah cik sedekah selebihnya”.
“Dulu org lain ambik upah tempahan baju kurung biasa RM40-50, cik ambik upah RM18-20 je. Selebihnya sedekah. Cik suka menjamu org makan dgn masakan cik yg sangat sedap tu. Mulianya hati cik,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Fariza turut berjanji bahawa dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.
“Adik janji jadi anak yang solehah. Jaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga pertuturan, jaga penglihatan. Adik jadi anak cik ayah yang baik kat dunia ni. Adik janji.
“Sayang cik. Adik akan sentiasa merindui suara cik dan gelak ketawa cik. Adik kuat cik. Cik jangan risau. Moga kita berjumpa lagi di syurga,” akhirinya
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Fariza ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
“Al-Fatihah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan dala kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah Mieja. Macam tak percaya mak pergi dah. Be strong Mieja.
“Sending hug to you Mieja dan doa untuk Allahyarham ibu Mieja. Hanya Allah sahaja dapat bagi kekuatan dekat Mieja dan family. Salam takziah.
“Rindu yang tiada penghujung. Salam takziah Mieja sekeluarga,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Hafizul yang juga merupakan pelakon filem, Paskal bersama anak sulungnya, Raisya Amanda telah pun disahkan positif Covid-19 pada Oktober lalu.
Sumber: Instagram Mieja Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Lan Solo yang kini sudah bergiat aktif dalam dunia perniagaan runcit bersama isterinya, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa syukur apabila tersenarai antara penerima anugerah 100 Top Young CEO 2021, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof tidak pernah menyangka bahawa tuah bisnes yang diusahakan membuahkan hasil sehingga berjaya merangkul anugerah berkenaan.
“Tak pernah termimpi Solo Borneo Mart akan sampai ke tahap ni.. yela kedai runcit je kan..! Tapi bila dah rezki. Allah kata Dia nak bagi, Dia akan bagi!
“Allahuakbar sangat teruja bila dapat bersama dengan usahawan-usahawan hebat yang jauh lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan kami yang masih baby & banyak belajar lagi dalam selok belok perniagaan.
“Tahniah syg. Allah balas segala penat lelah u,” tulisnya memberikan dedikasi terhadap isteri.
Pada masa sama, isterinya turut berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang menjalankan perniagaan berkenaan.
“CABARAN bekerja suami isteri ni.. erm.. BESAR uolss. Kat umah gado.. smpi opis kene react mcm bahagia. Sebab klo bawak feeling tu, apa pon x jd.
“Ini lah KAWAN, SAHABAT, PENDENGAR SETIA, PENGKRITIK, PEMBANGKANG dan ermm.. for sure banker KY!
“Guys, jaga selagi ada.. sayang selagi setia.. hormat selagi daya.. cinta sampai syurga. Kita x tahu smpi bila hayat kita, korbanlah apa sahaja untuk bahagia. Terima kasih suami.. acece..! .
“Next post adalah appreciation kepada tulang belakang yang lain pulak ya.. stay tune!,” tulis Sheila.
Sekadar informasi, pasangan suami isteri ini telah menjalankan perniagaan kedai runcit bernama Solo Borneo Mart yang menyediakan pelbagai makanan istimewa dari Sabah dan Sarawak.
Sehingga kini, Solo Borneo Mart sudah memiliki dua cawangan yang terletak di Puchong dan Ampang.
Foto: Instagram Lan Solo
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dua minggu mengalami keguguran, penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih buat suami Shahzemir Shahzulkarib yang banyak membantu sepanjang tempoh pantang.
Rafidah atau sinonim disapa Fida memuat naik foto serta perkembangan dirinya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
“Alhamdulillah terima kasih En Suami yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua.
“Banyak perkara yang kami tak tau dan sedang belajar. Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.
“Semalam genap 2 minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara. Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yg tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.
“Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. *gambar kedua tu antara lauk / supplement tambahan sepanjang saya berpantang,” tulisnya panjang lebar.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...