Categories: Uncategorized

‘Pakai Apa Pun Cantik’- Netizen Puji Ardell Aryana

Share

Perkara yang paling tidak disukai oleh para hijabis apabila tudung yang dipakai senget dan sukar dibentuk. Jika perkara itu terjadi, kemungkinan besar mood pada hari itu akan merudum.

Namun bagi pelakon, Ardell Aryana, itu semua bukanlah satu masalah besar buatnya apabila dia memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya memakai tudung ‘senget’.

“Lihatlah dengan hati, bukan sekadar memerhati. Always my favourite fabric,” tulisnya.

Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 28 tahun mula bertudung sejakpertengahan September tahun lalu.
Dalam pada itu, perkongsiannya itu mendapat banyak respon positif daripada netizen yang mengatakan bahawa apa sahaja yang dipakai oleh aktress tersebut adalah cantik.

Pada MH, cantik itu subjektif memandangkan semua orang ada perspektif cantik masing-masing kan? Yang penting sikap kita kena jaga.

sumber: IG Ardell Aryana

IKLAN