Selain Manisha Koirala dan Madhuri Dixit, nama Karisma Kapoor juga menjadi antara Ratu Bollywood yang diminati sebahagian besar filem Hindi di negara ini.
Meski sudah melewati usia 40-an, namun kakak kepada pelakon Kareena Kapoor ini kelihatan masih kekal menawan, penuh aura persona. Saling tak tumpah pada era kegemilangannya dulu.
“Love urself at every age #nofilter,” tulisnya ringkas di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya sekitar Jun lalu.
Siapa yang boleh lupa dengan deretan filemnya yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia seperti Dil To Pagal Hai, Raja Hindustani, Hum Sath-Sath Hai dan macam-macam lagi kan?
Ads
Jadi, jom tatap wajah terkininya yang tetap cantik tak dimakan usia!
Tahun lalu, bintang senior ini pernah melakukan kemunculan istimewa menerusi filem Zero lakonan rakan baiknya, Shah Rukh Khan. Turut sama beraksi di dalam filem berkenaan ialah Anushka Sharma dan Katria Kaif.
Foto: Instagram Karisma Kapoor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra mendedahkan dia mengalirkan air mata kegembiran dan kesyukuran selepas menerima kiriman mesej positif daripada pengikutnya dari seluruh dunia.
Atas kisah yang berlaku, wanita ini turut mengakui masih ada kebaikan yang ada di dunia ini.
Terdahulu, dia merakam rasa bangga kerana darah Malaysia mengalir dalam tubuh badan permata hatinya, Tengku Ismail Leon Petra.
Berikut merupakan coretan Rihana yang dikongsikan menerusi laman Instagram;
“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua.
“Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.
“Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan .
“Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
“P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku,” tulis Rihana panjang lebar.
Terdahulu memetik laporan Awani, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan tersebut berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.
Sijil perceraian itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.
Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Terkini, status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan berkenaan sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
Foto: Instagram Rihana Oksana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas penyanyi, Tasha Manshahar kini sedang menjalani fasa berpantang setelah melahirkan cahaya mata sulung pada 21 Jun yang lalu.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun itu berkongsi pengalaman sepanjang berpantang menerusi akaun Instagram miliknya.
“Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah.
“Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh!
“Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah).
“Ada hari kita letih, esp kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out.
“Tell your husband, tell your family members. Fasa berpantang ni mmg mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu,” tulisnya.
Pada masa sama, Tasha turut mengakui ibu perlu aktif, tetapi mengikut kemampuan.
“Dr i kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Jangan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama. Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah.
“Luka czer pun cantik doktor kata. Less than 2 weeks, i dah boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh!
“Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease,” tulisnya.
Terdahulu, Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar telah mendirikan rumah tangga bersama Fahrur Raqib Abdul Majid pada 8 September 2018 dalam sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah memasuki hari ke-14 kelahiran, permata hati kepada instafamous, Syafiqah Aaina dan Hafiz Mahamad, Raisya Arisa sudah pun memiliki hampir 100,000 pengikut di Instagram.
Malah, Raisya juga sering berkongsi gambar di media sosialnya itu, meski setiap gambarnya pasti akan diletakkan emoji berbentuk hati.
Secara langsung, wajah sebenar bayi berkeanan belum pun lagi didedahkan sepenuhnya.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.