
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berpendapat acara ‘Bachelorette Usrah’ yang dianjurkan untuk meraikan rakan artis, Amira Othman tidak sepatutnya dipertikaikan hanya kerana nama yang digunakan.
Menurut Nabila, selain keterujaan kerana dapat berkumpul bersama rakan-rakan terdekat, acara ini juga secara tidak langsung menjadi ruang untuk menuntut ilmu.

“Saya masih usaha perbaiki diri. Bukanlah malaikat. Tapi pelik bila orang kata buat bachelorette ada usrah.
“Pada saya, kenapa tidak? Asalkan kita gembira dan dapat ilmu sekali. Itu lagi sweet,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Peluang Kedua itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Malah, Nabila turut merasakan acara seperti ini boleh menjadi ikutan ramai kerana ia menyelitkan perkongsian ilmu dan bukan hiburan semata-mata.

Netizen Setuju, Anggap Kritik Tak Berasas
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain menyifatkan mereka yang kurang senang itu seakan mempunyai masalah hati.
“Dapat sweet, ilmu, memori dan paling seronok dapat pahala serta keberkatan daripada Allah yang Maha Penyayang dan Pengampun.
“Kita suka pemikiran seperti ini. Bachelorette tambah dengan usrah. Gembira dapat dan pahala pun dapat.
“Sebenarnya, haters memang sengaja cari celah mana lagi depa boleh masuk untuk mengata Amira. Itu je. Lainlah kalau buat bachelorette usrah dalam kelab malam, tempat konsert atau bercampur laki perempuan, barulah boleh nak kata salah.
“Makna bachelorette itu sendiri bermaksud wanita bujang atau belum berkahwin. Pada saya, tiada isu yang perlu dibangkitkan. Tambah-tambah pula buat majlis ilmu. Bukannya buat benda-benda yang dilarang pun.”
Sebelum ini, ada segelintir pihak yang mempertikaikan penggunaan nama ‘Bachelorette Usrah’ kerana merasakan ia kurang sesuai untuk sebuah majlis berbentuk kerohanian.

Bagaimanapun, pelakon dan usahawan yang juga individu bertanggungjawab merancang majlis tersebut, Betty Rahmad telah memohon maaf dan mengambil maklum mengenai keresahan netizen.
Sekadar informasi, Amira bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 14 September ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Threads Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




