Ads

“Pada Mulanya Saya Ingat Bergurau Atau Main-Main,” – Peminat Tiba-Tiba Pengsan Selepas Bergambar Dengan Cik Lan, Suasana Fiesta Bertukar Cemas

Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan pengacara dan penyanyi, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan.

Cik Lan yang diundang untuk membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung berkata, kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba sehingga menimbulkan rasa terkejut dan panik dalam kalangan orang sekeliling.

“Memang ada sedikit kelecohan berlaku malam tadi. Selepas bergambar dengan saya, tiba-tiba peminat itu pengsan. Pada mulanya saya ingat dia bergurau atau main-main,” katanya.

Terdahulu, Cik Lan berkongsi video kejadian terbabit di akaun TikTok miliknya dan perkara itu mencuri menjadi sorotan di media sosial.

Tambah Cik Lan, dia kemudian mula menyedari situasi sebenar selepas melihat keadaan peminat tersebut yang kelihatan cemas dan seperti mengalami serangan anxiety.

“Bila saya nampak dia macam panik, saya pun terus rasa terkejut dan risau. Memang tak sangka perkara macam itu boleh berlaku depan mata,” katanya.

Ads

Tambahnya lagi, dia pada awalnya berniat untuk membantu, namun mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati memandangkan peminat berkenaan seorang wanita bertudung selain kejadian berlaku di tempat awam.

“Saya memang terfikir nak bantu angkatkan, tetapi saya tak mahu tersalah tindakan sebab dia wanita bertudung dan keadaan pula di tempat terbuka yang ramai orang. Jadi saya serahkan kepada mereka yang lebih sesuai untuk membantu,” katanya.

“Pada Mulanya Saya Ingat Bergurau Atau Main-Main,” – Peminat Tiba-Tiba Pengsan Selepas Bergambar Dengan Cik Lan, Suasana Fiesta Bertukar Cemas “Pada Mulanya Saya Ingat Bergurau Atau Main-Main,” – Peminat Tiba-Tiba Pengsan Selepas Bergambar Dengan Cik Lan, Suasana Fiesta Bertukar Cemas

Petugas Fiesta Bertindak Pantas

Pelantun lagu Alamak Terlepas Bus Raya itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila peminat tersebut segera dibantu oleh petugas Fiesta Mega Raya 2026 yang berada di lokasi.

Ads

Menurutnya, petugas acara bertindak pantas dengan menenangkan peminat berkenaan serta membawanya ke kawasan yang lebih selesa untuk berehat.

“Alhamdulillah Fiesta Mega Raya 2026 cepat membantu. Mereka bagi peminat itu kipas, bagi dia minum air dan suruh peminat itu duduk berehat sekejap. Selepas itu, keadaan dia nampak semakin okay,” katanya.

Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 18 Mac di SICC, Kota Kinabalu, dianjurkan sebagai festival Aidilfitri berskala besar yang menghimpunkan pelbagai elemen termasuk gaya hidup serta keusahawanan dalam satu platform bertaraf antarabangsa.

Ads

Penganjuran acara itu juga dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tempoh berlangsung.

Antara tarikan utama fiesta berkenaan ialah penyertaan vendor terpilih, persembahan artis dan selebriti, aktiviti pentas harian, zon tematik Aidilfitri, pameran produk halal serta pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Acara berkenaan turut membawa tagline rasmi “Raya Paling Meriah Bah!”

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Seronok Lihat Isteri Yang Jadi Suri Rumah…,” – Syukur Nikmat...

Menginjak usia 34 tahun, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sepanjang kehidupan yang dilaluinya sehingga kini.
error: Hello. Cannot.