Penyanyi Dayang Nurfaizah, memilih untuk terus berahsia mengenai hubungan istimewa yang dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini.

Meski pernah tidak menafikan sedang mengenali seseorang dalam satu sesi temu bual terdahulu, pelantun lagu Mana Mungkin itu bagaimanapun tetap berteka-teki dalam memberi kepastian lanjut berkenaan tarikh atau perancangan istimewa berkaitan soal peribadi.

“Dah lama saya tak main tarik tali (bergurau), apa boleh saya katakan sekarang hanyalah doakan yang terbaik buat saya.

“Tiada tarikh lain, yang penting sekarang hanyalah dua tarikh untuk persembahan eksklusif saya nanti,” katanya.

Dayang berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Janji With Dayang yang berlangsung di Wet Deck, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Orang Yang Bermakna?,” – Teman Istimewa Masih Misteri, Dayang Nurfaizah Hanya Kongsi Dua Tarikh Penting“Orang Yang Bermakna?,” – Teman Istimewa Masih Misteri, Dayang Nurfaizah Hanya Kongsi Dua Tarikh Penting“Orang Yang Bermakna?,” – Teman Istimewa Masih Misteri, Dayang Nurfaizah Hanya Kongsi Dua Tarikh Penting“Orang Yang Bermakna?,” – Teman Istimewa Masih Misteri, Dayang Nurfaizah Hanya Kongsi Dua Tarikh Penting

Ads

Persembahan Eksklusif Album ‘Janji’

Sebagai hadiah buat peminat setianya, Dayang mengumumkan dua tarikh penting bagi persembahan eksklusif sempena pelancaran album terbaharanya, Janji.

Acara istimewa itu bakal berlangsung pada 23 Ogos di Top View, Komtar, Pulau Pinang dan 27 September di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.

Lebih menarik, kesemua komposer yang terlibat dalam penghasilan album tersebut turut dijemput bagi menyaksikan persembahan tersebut secara langsung.

Ads

“Komposer memang kita ada jemput, ada yang boleh hadir dan sebaliknya. Apa pun, mereka antara orang penting dan istimewa untuk persembahan eksklusif saya.

“Orang yang bermakna? Sudah tentulah peminat saya yang akan hadir nanti. Walau kami tidak sepentas, tetapi mereka di sisi sebagai penonton.

“Bagi saya, merekalah pembakar semangat. Kalau orang perseorangan pula, mungkin ibu bapa saya pun sama-sama hadir dalam persembahan di Kuala Lumpur nanti,” katanya lagi.

Ads

Antara nama besar yang terlibat dalam produksi album Janji termasuk Hael Husaini, Ajai, Sirkhan, Aubrey Suwito, Genervie Kam dan Audi Mok.

Sebelum ini, timbul spekulasi Dayang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi berikutan keterbukaannya berkongsi sisi peribadi.

Namun begitu, bintang kelahiran Sarawak ini tetap tenang dan memilih untuk mengunci mulut daripada memperincikan kisah tersebut kepada umum secara berlebih-lebihan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI