Categories: Uncategorized

“One Fine Day, Saya Akan Buktikan Kata-Katanya Salah,”- Idzham Ismail Pernah Disuruh Berhenti Berlakon Ke?

Share

Pelakon, Idzham Ismail mengakui pernah mendapat nasihat bernas daripada seseorang yang amat dia hormati sepanjang bergelar anak seni.

Katanya, dia pernah disuruh ‘fikir masak-masak’ sama ada dia bersedia untuk bergelar pelakon dalam industri seni tanah air.

“BUDAK JAHAT, PEROGOL, GILA, BARAN, TIKAM BELAKANG, ANAK DERHAKA, KAKI PONTENG, KAKI PUKUL.

 

“Kesemua diatas antara Kategori watak perwatakan Antagonis yang pernah saya bawakan dalam drama. ‘YOU SHOULD THINK AGAIN ABOUT GETTING IN THIS ACTING INDUSTRIES’.

 

“Dan perkataan diatas takkan pernah saya lupakan. Kata – kata ini membuatkan saya nak teruskan dan lebih bersemangat.

 

“Kenapa ? Sebab dari kata-kata ni lah saya sedar banyak kelemahan dalam skill lakonan dan image saya sebagai PELAKON.

 

“Dan kata kata ini juga dari seorang yang saya sangat RESPECT. Tak sedikit pon lemah semangat untuk berjuang.

 

“One fine day , kejayaan saya akan saya buktikan bahawa kata-katanya salah,” tulisnya di Instagram

 

Tambahnya lagi, dia juga sempat memberi nasihat kepada adik-adik supaya tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.

“Kepada yang masih berusaha dalam bidang perniagaan mahupun apa sekali bidang . Atau masih tengah belajar tapi failed atau dapat markah cukup cukup makan.

“Tapi masih minat dalam bidang atau subjek tu , TERUSKAN. Gagal tak bermakna korang gagal semuanya,” tulisnya lagi.

Alahai, betul apa yang diperkatakan Idzham itu. Dalam mengejar cita-cita itu memang memerlukan pengorbanan kan? Barulah terasa kenikmatan saat ia berjaya dicapai.

Apa-apapun, all the best MH ucapkan buat Idzham. Semoga, dia akan terus kental dengan dugaan yang mendatang sebagai anak seni ini.

Foto/Instagram: Idzham Ismail

IKLAN