Pemenang gelaran Miss Universe Africa and Oceania,Olivia Yacé, mengumumkan peletakan jawatannya hanya tiga hari selepas dinobatkan memenangi gelaran tersebut di pertandingan Miss Universe 2025.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagramnya, Ratu Cantik Côte d’Ivoire itu disahkan menarik diri daripada semua mandat dan tanggungjawab berkaitan organisasi Miss Universe berkuat kuasa serta-merta  atas alasan mahu mengekalkan komitmen terhadap nilai dan integriti peribadinya  atas alasan mahu mengekalkan komitmen terhadap nilai dan integriti peribadinya.

Pada pertandingan itu, beliau menamatkan saingan di tempat kelima, manakala wakil Mexico, Fatima Bosch, meraih gelaran juara dalam edisi ke-74 yang turut menyaksikan salah satu penutup paling kontroversi dalam sejarah ratu cantik antarabangsa.

Olivia  turut  menjelaskan bahawa pengalaman mewakili Côte d’Ivoire di Miss Universe telah membuktikan keupayaannya mengharungi cabaran, namun kesinambungan perjalanannya memerlukan keselarasan dengan nilai asas yang menjadi pegangan hidupnya.

Olivia Yacé Letak Jawatan Sebagai Miss Universe Africa & Oceania Demi Kekal Prinsip Integriti

Ads

Beliau menegaskan bahawa kehidupannya berpaksikan kepada empat prinsip utama, rasa hormat, maruah, kecemerlangan dan peluang sama rata. Prinsip tersebut, kata beliau, mesti kekal sebagai teras setiap tanggungjawab yang digalas, dan beliau tidak lagi mampu mencapai potensi penuh dalam ruang lingkup gelaran benua itu.

Olivia turut memaklumkan bahawa beliau bukan sahaja melepaskan gelaran Miss Universe Africa and Oceania, malah menarik diri sepenuhnya daripada sebarang perkaitan dengan Jawatankuasa Miss Universe pada masa akan datang.

Keputusan itu, katanya, dibuat dengan penuh pertimbangan dan berlandaskan nilai integriti yang ingin dipertahankannya.

Ads

Dalam pada itu, Olivia menjelaskan bahawa misinya sejak awal adalah untuk menginspirasikan generasi muda, khususnya gadis-gadis yang ingin melihat diri mereka di ruang yang sering dianggap sukar ditembusi. Beliau mahu menjadi contoh yang membolehkan mereka melangkah masuk dengan yakin dan menerima identiti diri tanpa ragu.

BACA JUGA: Wakil Mexico Raih Gelaran Miss Universe 2025, Malaysia Gagal Tembus Kedudukan Top 30

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OLIVIA YACE (@olivia.yace)

Ads

Pada masa sama beliau mengucapkan tahniah kepada Fatima Bosch atas kemenangannya, selain mendoakan pemulihan segera buat wakil Jamaica, Gabrielle Henry, yang kini dirawat di unit rawatan rapi akibat kemalangan ketika minggu pertandingan.

Keputusan meletakkan jawatan ini hadir susulan pelbagai kontroversi yang melanda Miss Universe 2025, termasuk dakwaan pemarkahan tidak telus dan sudah disusun sejak awal, perselisihan terbuka serta insiden teknikal di pentas.

Tular juga dakwaan bahawa seorang juri iaitu Omar Harfouch, telah menarik diri sebelum malam final kerana mendakwa keputusan pertandingan bakal memihak kepada Fatima atas faktor ayahnya memiliki urusan perniagaan bersama pemilik Miss Universe, Raul Rocha.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads