Uncategorized

‘Oiii Tak Sayang Anak Ke?’ Netizen Bengang Syatilla Melvin Goncang Tangan Anak

Share

Bukan marah, tetapi prihatin. Itulah perkataan yang paling tepat dengan apa yang ingin disampaikan oleh netizen-netizen bila melihat video yang baru sahaja dimuat naik oleh Syatilla beberapa hari yang lepas.

Niat Syatilla yang ingin berguarau dengan anak lelakinya Syeriv itu membuatkan ramai pengikut anaknya seriau dan takut jika bayi tersebut mengalami cedera.

Mana tidaknya, Syatilla dikatakan telah menggoncangkan tangan anaknya dengan hayunan yang agak laju dan kasar sehinggakan Syeriv kelihatan ‘kaku’ ketika tangannya dihayunkan.

Ramai menasihati Syatilla untuk tidak melakukan perkara sebegitu sekali lagi kerana bimbang anak lelakinya itu akan mengalami kecederaan terutama bahagian tulang tangan.

Memang benar, jangan sesekali lakukan seperti itu lagi, kerana tulang bayi masih lembut. Kalau tidak patah, bimbang jika tangannya terseliuh pula.

Syatilla perlu alert dengan semua ini. Janganlah bergurau terlalu kasar hingga boleh mencederakan fizikal anak tanpa sengaja.

Harap Syatilla mengambil teguran ini dengan terbuka dan perbaiki apa yang patut okay!

IKLAN