Uncategorized

Ohmy! Baekhyun Lancarkan Jenama Pakaiannya, Prive By BBH

Share

Vokalis kumpulan EXO, Byun Baekhyun menjadi idol pertama dari kumpulan tersebut yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri!

Menurut Vogue, Prive By BBH akan melancarkan 6 jenis koleksi ‘streetwear’ mulai 1 Julai nanti. Baekhyun juga merupakan pengarah bersama jenama tersebut.

MH difahamkan bahawa pertemuan antara penyanyi tersebut dengan pengarah brand, Dany Geneciran berlaku Oktober tahun lalu seterusnya membawa kepada kolaborasi tersebut.

Pada mulanya, Prive dicadangkan untuk fokus kepada t-shirt dan ‘hoodies’ namun kemudian diumumkan bahawa jenama tersebut akan mempunyai koleksi baru setiap bulan di mana setiap keluaran akan mempunyai 6 hingga 10 item.

MH yakin mesti peminat-peminat Baekhyun tak sabar nak dapatkan koleksi Prive By BBH kan?

Dalam pada itu, EXO juga baru mengumumkan akan ke Malaysia, Julai ini untuk konsert jelajah terakhir Elyxion sebelum konsert ‘encore’ di Korea Selatan.


Jualan tiket akan bermula 12 Mei ini di Atria Shopping Centre manakala jualan online pula bermula 13 Mei.

EXO dianggotai oleh 9 anak muda berbakat, Suho,Xiumin, Lay, Chen, Baekhyun, Chanyeol, D.O, Sehun dan Kai dan merupakan salah satu grup paling popular di sana.

Antara lagu-lagu hits mereka adalah ‘Growl’, ‘Love Me Right’, ‘Exodus’, ‘Call Me Baby’ dan terbaru, ‘Kokobop.

sumber: Allkpop

IKLAN