Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir pihak yang gemar mempermainkan nama bapanya secara terbuka di khalayak ramai.
Menurut Ayda, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan nama sebenar dan maruah keluarganya.
Namun gurauan seperti itu seolah-olah telah menjadi kebiasaan sehingga ramai tidak menyedari ia sebenarnya boleh menyinggung perasaan.
“Tak tahu perlu ambil hati ke tak? Kadang bila pakcik dan makcik cakap ‘Oh, inilah Ayda Jebat! Anak si Jebat derhaka tu!’ sambil gelak-gelak.
Ads
“Eh, itukan nama bapa saya! Orang tu tengah struggle nak baik daripada strok, pakcik dan makcik main-mainkan nama dia,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan penyanyi lagu Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Kongsi Saat Tersentuh
Menurut Ayda lagi, meskipun hatinya tersentuh, dia memilih untuk tenang dan menghormati orang yang lebih tua, walaupun gurauan itu datang pada waktu yang cukup bermakna buatnya.
Ads
“Okay baik, sebab orang tua, kita kena terima sahajalah kan? Senyum sahajalah. Saya sahaja je kongsi perkara ini sebab hari ini hari lahir papa.
Ads
“Dan baru sahaja kejadian itu berlaku semalam,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Ayda dilihat jarang berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang kini masih dalam proses pemulihan selepas diserang penyakit angin ahmar (strok).
Dalam pada itu, Ayda juga kini sedang hamil anak ketiga, seperti yang diumumkannya sendiri menerusi platform Instagram pada Ogos lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) semakin hampir ke kemuncaknya apabila slot ke pentas akhir bakal diketahui, Sabtu ini.
Menjelang saingan separuh akhir, peminat mulai membuat ramalan kumpulan manakah yang ada potensi besar untuk melangkah ke pentas paling berprestij dalam dunia komedi muzikal negara.
MLS5 musim ini tampil lebih agresif dengan tema ‘Clash of Empire’, yang bukan sahaja menuntut lawak spontan serta punchline tajam, malah memerlukan kreativiti dalam elemen muzik, lakonan dan visual pentas berinspirasikan empayar global.
Dalam cabaran sebesar ini, hanya yang benar-benar konsisten mampu lolos ke final, seterusnya merebut gelaran juara!
Pelawak popular, Zizan Razak yang juga juri tetap MLS5 berpendapat, prestasi keseluruhan kumpulan masih sukar dijangka dan peluang ke final masih terbuka untuk semua.
“Ada kumpulan yang kita jangka akan kelakar tapi tidak menjadi. Begitu juga sebaliknya. Setiap kumpulan ini bangkit di waktu yang berbeza.
“Kebangkitan inilah yang saya nak lihat. Tak kiralah daripada kumpulan mana pun. MLS telah membuktikan tak semestinya kumpulan yang punyai nama besar, mereka akan kelakar.
“Yang tiada nama pun boleh jadi kelakar ‘kaw-kaw’. Segalanya bergantung kepada usaha, strategi dan idea masing-masing,” katanya kepada MH.
Zizan menambah, ada juga beberapa kumpulan yang masih bergelut mencari idea dan sebagai juri, dia turut bertanggungjawab membimbing mereka agar dapat memberikan persembahan terbaik.
“Saya tiada kumpulan ‘favourite’. Yang kelakar itulah favourite saya. Kumpulan yang tidak kelakar pula akan menjadi tanggungjawab saya untuk buat mereka bangkit.
“Saya bukan bagi idea dari segi konten tapi lebih kepada cara mereka membuka minda untuk mencari idea.
“Sesiapa sahaja boleh bagi idea tapi jika mereka tak boleh bawa, tidak akan menjadi juga. Tapi kalau kita bagitahu cara nak cari dan kembangkan idea, mereka akan faham skill komedi itu,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun menerusi penilaian Zizan, kumpulan Nanas dan Roda dilihat paling konsisten sepanjang musim ini, namun mereka tetap tidak boleh selesa kerana kumpulan lain semakin agresif mencelah ke saat-saat akhir.
Buat masa ini, kumpulan yang konsisten adalah Nanas dan Roda. Kumpulan yang sedang mengejar dan mampu beri saingan adalah Kimbab.
“Kumpulan Lompat pula memang cepat belajar. Yang lain bukannya tak bagus tapi mereka hanya kekal di tahap yang sama. Dinamik mereka masih tak nampak lagi.
“Ada yang prestasi mereka naik tapi nanti turun semula. Kumpulan-kumpulan yang saya sebut tadi prestasi mereka memang melompat sampai ke siling,” kongsinya.
Dalam pada itu, Kumpulan Roda dilihat sebagai antara yang paling stabil musim ini, dipacu oleh kekuatan nama besar seperti Naqiu, Sharif dan Fad, dengan persembahan seimbang setiap minggu dengan punchline yang kena, susunan muzik kemas dan jalan cerita menarik.
Sementara itu, pelawak Achey memimpin kumpulan Nanas, bersama barisan pelawak baharu seperti Namie dan Shashic.
Pengalaman luas Achey sudah tentu menjadi senjata menjadikan Nanas antara pencabar utama.
Di sisi lain pula, kumpulan Kimbab yang dianggotai Zulin, Maryam dan Nasz Sally juga menampilkan warna berbeza.
Walaupun tidak kuat secara teknikal, namun mereka memikat hati ramai melalui personaliti, adaptasi tema kreatif dan komedi ringan namun tetap menghiburkan.
Adakah Nanas, Roda dan Kimbab akan terus kekal sebagai favourite, atau bakal dipintas oleh kejutan dari kumpulan lain pada saat akhir?
Jangan terlepas menyaksikan saingan separuh akhir Muzikal Lawak Supertar 5 secara langsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Astro Prima, Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bila hujung tahun mula menjengah, suasana di rumah memang berubah. Anak-anak sudah masuk cuti panjang persekolahan, saudara-mara mula bertandang dan ramai mengambil peluang untuk berehat selepas setahun yang padat.
Tak keterlaluan untuk dinyatakan, dalam tempoh inilah ruang tamu menjadi lokasi paling hidup, tempat semua berkumpul, berbual dan meluangkan masa bersama.
Bila dah luangkan masa bersama, semestinya harus diserikan dengan hiburan yang menarik. Betul tak?
Bagi menceriakan lagi musim cuti, Astro menawarkan Astro One: Pek Entertainment, pakej hiburan lengkap merangkumi lebih 90 saluran, rangkaian saluran kanak-kanak serta akses penuh kepada Disney+.
Dengan pemasangan percuma, pakej ini menjadi antara pilihan paling mudah dan berbaloi untuk memastikan rumah sentiasa meriah sepanjang cuti. Pemilihan kandungan yang pelbagai menjadikan Astro One sesuai untuk setiap ahli keluarga.
Dengan tawaran yang cukup hebat ini, kanak-kanak antara yang paling seronok apabila dapat menikmati rancangan kegemaran ramai yang cukup popular seperti Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Bluey dan SpongeBob SquarePants.
Untuk peminat hiburan antarabangsa, tak lengkap cuti anda kalau tidak menikmati kandungan menarik Disney+. Pelbagai rancangan hit global seperti filem Marvel The Fantastic Four: First Steps dan K-drama thrilller The Manipulated yang semestinya sesuai untuk sesi ‘binge’ yang panjang.
Dalam masa sama, hiburan tempatan pun tak kurang hangat, anda juga boleh mengikuti program terbaik Astro seperti Gegar Vaganza 2025 yang cukup tular kini di media sosial serta drama premium Mutiara Dalam Debuan Kabus yang menampilkan lakonan penuh emosi.
Astro One memang buat rumah jadi lebih seronok, tapi sebenarnya keseronokan itu tak terhenti dalam ruang tamu saja. Dengan akses merentasi pelbagai peranti, hiburan berkualiti boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Tengok animasi dalam kereta, layan drama masa travel, atau buat ‘catch-up’ rancangan kegemaran sambil melepak di kampung pun tak ada hal.
‘Family movie night’ tetap ritual yang tak boleh tinggal, cuma sekarang Astro One menjadikan apa jua lokasi sebagai ruang kebersamaan. Di mana pun anda berada, momen happening dan gelak tawa keluarga kini boleh berlaku di mana saja anda berada.
Dengan kandungan menyeluruh merangkumi animasi, filem global, drama tempatan dan program realiti, Astro One bukan sekadar hiburan di rumah, tetapi pencetus suasana ceria yang menyatukan keluarga sepanjang musim cuti dan hari-hari istimewa.
Bagi yang belum melanggan, tawaran istimewa ini hanya sah sehingga 31 Januari 2026. Untuk maklumat lanjut atau melanggan Astro One, layari astro.com.my atau kunjungi mana-mana premis Astro berhampiran.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular Korea Selatan, HyunA mencetuskan kebimbangan ramai apabila rebah secara tiba-tiba semasa membuat persembahan di festival muzik Waterbomb Macau 2025 pada 9 November lalu.
Kejadian berlaku ketika penyanyi berusia 33 tahun itu sedang mempersembahkan lagu hitnya, Bubble Pop!, sebelum dilihat hilang imbangan dan jatuh di atas pentas. Beberapa kru segera naik membantu serta mengiringinya ke belakang pentas untuk menerima rawatan kecemasan.
Rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat di seluruh dunia yang meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan kesihatannya.
Beberapa jam selepas insiden itu, HyunA memuat naik kenyataan di laman Instagram bagi menenangkan peminat dan bercakap tentang insiden yang tular itu.
“Walaupun hanya berselang sekejap sejak persembahan saya yang terakhir, saya sebenarnya mahu tunjukkan persembahan yang terbaik buat anda semua, tetapi saya rasa saya tidak berjaya untuk tampil secara profesional, dan sejujurnya, saya langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku.,” tulisnya.
Selain itu bekas ahli kumpulan Wondergirls dan 4minute ini juga berjanji akan membina semula stamina agar kejadian tersebut tidak berulang pada masa akan datang,
“Saya akan berusaha untuk membina semula stamina dan terus bekerja keras pada masa akan datang. Memang akan indah kalau semuanya berjalan seperti yang saya harapkan, tapi saya akan tetap berusaha bersungguh-sungguh.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada anda semua kerana sentiasa menyayangi, menyokong, dan menghargai saya sejak dari dulu lagi walaupun saya ada banyak kekurangan. Dan saya betul-betul okay! Jangan risau tentang saya! Saya harap semua orang dapat malam yang tenang… tidur lena ya!!” kongsinya lagi
Menurut laporan Koreaboo, agensi pengurusan HyunA iaitu At Area memaklumkan bahawa penyanyi itu kini sedang berehat dan menumpukan masa kepada pemulihan fizikal selepas kejadian berkenaan.
HyunA sebelum ini pernah berkongsi bahawa beliau menghidap masalah vasovagal syncope, iaitu keadaan kesihatan yang menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak hingga mengakibatkan pengsan.
Walaupun sudah meyakinkan peminat bahawa keadaannya tidak serius, ramai masih menyeru agar bintang K-pop itu mengambil masa untuk berehat dan tidak terlalu mendesak diri dengan jadual persembahan yang padat.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyanyi Roslan Shah, atau lebih mesra disapa Cik Lan, tampil dengan kejutan istimewa sempena musim perayaan tahun ini apabila melancarkan muzik video...