Pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy, 62, berkongsi rasa bangganya terhadap rakan artis, Liza Aziz.
Anak kepada seniwati Normadiah yang kini bersaing di Gegar Vaganza 11 (GV11) itu kembali menjadi sebutan selepas lebih empat dekad terlibat dalam seni.
Sokongan itu dizahirkan Ogy menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya, baru-baru ini.
“Liza Aziz, bakat semula jadi dan pencapaian anda sememangnya layak mendapat ‘hormat’.
“Anda memang hebat, teruskan mengaum,” luah Ogy.
Ads
Dalam pada itu, Ogy turut menyatakan keyakinannya terhadap lagu hits kakaknya, Azlina Aziz yang disampaikan Liza pasti membuatkan Azlina bangga.
Ads
“Am sure Azlina Aziz is beaming with pride and joy listening to you belting out her chartbuster.
Ads
“Finally, the long-awaited recognition has come. Keep on bringing the house down with your ‘excellent voice’.
“You go champ! Our prayers are with you,” kongsikanya lagi.
Hantaran tersebut pantas menerima reaksi positif warganet yang seterusnya berharap agar Liza terus melakar sukses.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.
Karnival yang berlangsung meriah itu turut digamatkan lagi dengan acara Astro Showcase yang menampilkan persembahan hebat barisan artis popular tanah air seperti Naim Daniel, Wany Kayrie, Kaka Azraff, Hael Hussaini dan ramai lagi.
Acara ini juga diadakan bagi meraikan Malaysia selaku tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) atau MLBB M6 World Championship yang kini sedang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur sejak 21 November lalu.
Bagi penyanyi Putera Muhammad yang turut membuat persembahan di Astro Showcase, dia memuji usaha Astro yang sentiasa memberikan sokongan dan sekaligus optimis dalam mengubah persepsi masyarakat tentang industri e-sukan.
“Astro banyak membantu untuk memberikan lebih banyak pendedahan tentang e-sukan kepada masyarakat.
“Bila mereka berkolaborasi bersama Mobile Legend, ia secara tidak langsung dapat membuka mata banyak pihak tentang sisi positif dunia permainan elektornik ini.
“Jika dahulu, yang tahu perkara ini hanyalah mereka yang bermain sahaja tapi kini masyarakat dan orang awam juga sudah ambil tahu.
“Kini, ramai yang tahu e-sukan ini bukan sekadar hobi tapi boleh juga mampu menjana pendapatan dan mengharumkan nama negara,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie pula mengajak orang ramai untuk sama-sama meriahkan booth Astro yang sarat aktiviti menarik sepanjang tiga hari acara berjalan.
“Saya mewakili artis Rocketfuel Entertainment hadir untuk memeriahkan booth Astro dan membuat persembahan di Astro Showcase.
“Anda yang datang ke booth Astro berpeluang untuk menyertai sesi ‘meet & greet’ dengan figura-figura hebat seperti pelakon, penyanyi dan pempengaruh media sosial.
“Datang sahaja dan anda boleh bergambar. Tak perlu bayar dan beratur. Acara ini sangat meriah bila kita melibatkan anak-anak muda yang minat e-sukan, permainan video dan anime di dalam satu karnival yang sama.
“Di sini juga kita ada pelbagai acara interaktif dan berpeluang memenangi hadiah,” katanya.
Sementara itu, penyanyi dan pelakon Naim Daniel pula berpandangan industri e-sukan di negara ini sudah semakin diterima baik oleh masyarakat terutamanya golongan ibu bapa.
“Saya melihat industri e-sukan ini sudah semakin mendapat sambutan baik daripada masyarakat.
“Mereka kini melihat bidang ini dapat membuahkan sesuatu yang postif dan membina semangat juang yang tinggi terutamanya buat golongan muda.
“Saya juga melihat para ibu bapa kini sudah semakin terbuka terhadap minat anak-anak mereka terhadap e-sukan.
“Bila anak-anak ini mendapat sokongan ibu bapa, ia akan menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk melangkah jauh dalam bidang ini,” katanya.
Berbaki dua hari lagi, booth Astro bakal dimeriahkan dengan kehadiran barisan peserta program realiti Maskulin Who’s Your Bro.
Pada Ahad pula, pengunjung berpelung untuk beramah mesta dengan barisan pelakon popular tanah air seperti Isha Daniel, Idan Aedan, Syafi Tee, Haziq Deen dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram MPL MY
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Otai masih berbisa! Itulah ungkapan yang sesuai ditulis untuk pelakon hebat, Susan Lankester yang baru sahaja menang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Asia Academy Creative Awards (AACA) 2024, pada Rabu lalu.
Sebelum ini, pada September 2024 beliau terlebih dahulu diumumkan sebagai National Winner sekaligus menjadi wakil Malaysia untuk kategori tersebut dan mengalahkan wakil lain dari benua Asia.
Lakonannya sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang memaparkan karakter seorang wanita yang ‘berperang’ dengan konflik keluarga dan kanser yang dihidapi.
Saat menerima trofi, pelakon berusia 62 tahun ini kelihatan tidak dapat menahan sebak atas kemenangannya.
“Terima kasih kepada AACA kerana mengekalkan anugerah seperti ini hidup untuk orang seperti kami. Terima kasih kepada barisan juri kerana melihat saya dan melihat pelakon wanita yang berusia lebih 60 tahun yang masih aktif berlakon.
“Terima kasih kepada rakan pencalonan yang lain, saya sangat bangga berkongsi pentas dengan anda. Kita harus terus berkarya dan berganding suara, terutamanya kepada wanita, kita perlu lebih watak untuk wanita,” ucapnya penuh sebak.
Selain itu, Susan turut mendedikasikan kemenangannya itu kepada pengarah filem dan juga keluarga produksi Rain Town secara keseluruhan.
“Untuk Tunku Mona, kerana mempersembahkan watak ini kepada saya. Ketika sesi audition, dia berkata kepada saya bahawa saya bukan seorang yang mencuba untuk watak tersebut, masih ada seorang lagi yang akan melalui uji bakat.
“Dia memilih saya dan kami sama-sama mencipta Aileen yang merupakan satu watak yang menakjubkan. Dan kepada keluarga Rain Town saya, kru dan para pelakon, cara mereka bekerja penuh dedikasi untuk menjadikan filem ini satu kenyataan,” kongsinya bangga dengan karya yang dihasilkan.
Sekadar info, menerusi watak yang sama, Susan juga turut menerima pencalonan dan tersenarai dalam lima calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2024 yang bakal berlangsung Sabtu ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dirinya menjadi punca berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kereta, baru-baru ini.
Menurut Syamsul, perlanggaran antara kereta Audi dengan kenderaan jenis serba guna (MPV) di posisi hadapan adalah kerana pemandu berkenaan itu sendiri yang tidak fokus.
“Ini adalah video yang sebenar. Kereta Audi yang tak fokus. Bukan salah saya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah filem Munafik itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Syamsul memohon orang ramai untuk tidak membuat tuduhan melulu berhubung kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan mengusik Syamsul dengan mengatakan jentera mewahnya itu terlalu menonjol sehingga menyebabkan orang yang melihat sukar fokus.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” komen pelakon, Fattah Amin.
“Berkilau memukau,” kata pelakon, Zarina Zainoordin.
“Kereta berkilat sangat,” kata pelakon, Shahidan Izwan.
“Merecik sangat tu,” komen seorang netizen.
“Kacak sangat kereta sebelah. Terpegun lalu terhantuk,” balas seorang lagi netizen.
Sejak semalam, video kemalangan tersebut tular di seluruh platform media sosial dan ramai yang mendakwa pemandu terbabit terpegun melihat kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul sehingga menyebabkan dia kurang fokus dan melanggar kereta hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...