Selepas hampir lapan minggu membuktikan kemampuan sebagai bintang yang bakal menyinar, peserta asal Kuala Lumpur, Nylea akhirnya dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2025.

Kemenangan itu membolehkan Nylea atau nama sebenarnya Nylea Adzlan, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000, selempang dan trofi.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Nylea juga menerima mahkota Dewi Remaja 2025 yang disampaikan oleh juara edisi terdahulu, Nurel Baharin.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Peserta berusia 23 tahun ini berjaya memikat hati juri selepas tampil cemerlang menerusi dua tugasan di pentas akhir iaitu persembahan bebas dan sesi soal jawab.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000Ketika menyampaikan ucapan, Nylea tidak dapat menahan sebak mengenangkan perjuangan yang telah ditempuh.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Ads

“Ada jutaan terima kasih yang ingin saya tujukan terutamanya kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyokong saya bukan sahaja pada hari ini tetapi sepanjang berada di program Dewi Remaja.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri kerana berjaya mara sehingga ke peringkat akhir.

“Saya bangga dengan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan Dewi yang lain. Saya rasa bartuah kerana dapat mengharungi program ini bersama 12 Dewi yang lain. Tanpa mereka, tak mungkin saya berada di sini,” katanya.

Rezeki, Hadiah Jadi Saksi Perjuangan

Tempat kedua menjadi milik seorang lagi peserta dari Kuala Lumpur, Nelysa Kay yang membawa pulang RM10,000, selempang dan trofi.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Ads

Manakala tempat ketiga pula disandang oleh peserta asal Pulau Pinang, Dheper, yang berjaya meraih RM5,000, selempang dan trofi.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Marisa pula berada di tempat keempat dengan ganjaran RM2,000, selempang dan trofi.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Anugerah khas Dewi Persahabatan dimenangi oleh Elisha Chew yang membawa pulang RM2,000, selempang dan trofi.Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Ads

Sementara itu, peserta asal Tuaran, Sabah, Sharmaine dinobatkan sebagai Dewi Favourite selepas memperoleh lebih 90,000 undian peminat, membawa pulang RM2,000, selempang dan trofi.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Pentas akhir Dewi Remaja 2025 diadili oleh dua juri tetap yang juga pelakon terkenal, Kamal Adli dan Nabila Huda, sementara Scha Alyahya bertindak selaku juri jemputan.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Malam kemuncak yang dihoskan oleh Keanu Azman dan Shaza Bea turut diserikan persembahan artis popular tanah air termasuk Aisha Retno, MK K-Clique dan Bungaisme.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000 Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000 Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000

Rakaman pentas akhir Dewi Remaja 2025 disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan anda boleh teruskan menonton menerusi Astro One dan sooka.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025! Bawa Pulang Mahkota Keramat & Wang Tunai RM15,000Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads