Ads

Nur Nilam Ortiz Sahkan Sudah Berpisah Dengan Azlan Komeng – “Kami Sebenarnya Dah Lama Cerai, Sudah Habis Idah.”

Teka-teki mengenai status perkahwinan usahawan, Nur Nilam Ortiz dan pelakon, Azlan Komeng akhirnya terjawab apabila usahawan itu mengakui mereka sebenarnya sudah lama berpisah secara baik.

Bagaimanapun, Nilam, 45, memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar serta tarikh perceraian mereka kepada umum.

Menurutnya, dia dan Azlan masih lagi mengekalkan hubungan yang baik demi kebajikan anak mereka.

“Kami sebenarnya dah lama bercerai dan saya pun sudah habis idah. Hantaran dan perkongsian itu dibuat adalah untuk mengelakkan dara ada berlakunya fitnah dan salah faham kalau saya atau abang Azlan dilihat keluar dengan orang lain satu hari nanti.

“Soal bila kami bercerai, biarlah saya dan abang Azlan saja yang tahu. Cukup sekadar masyarakat tahu yang kami sudah berpisah.

“Hubungan kami juga dalam keadaan yang baik dan ketika ini kami memilih untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak kami,” katanya.

Ads

Nilam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi media tergempar Nilam Empire yang berlangsung di Hotel Olimpik Kuala Lumpur pada Jumaat.

Nafi Perceraian Sebagai ‘Marketing’

Dalam pada itu, Nilam turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa pengumuman mengenai perceraian tersebut hanyalah strategi pemasaran bagi mempromosikan perniagaannya.

“Kalau ini marketing, saya tak akan buat hantaran selepas saya habis tempoh idah sebaliknya akan dibuat sebelum saya bercerai lagi.

Ads

“Tetapi saya belajar daripada kesilapan dan mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial dan saya lebih memilih untuk berwaspada dalam apa-apa hantaran yang dibuat di media sosial,” katanya lagi.

Nur Nilam Ortiz Sahkan Sudah Berpisah Dengan Azlan Komeng – “Kami Sebenarnya Dah Lama Cerai, Sudah Habis Idah.”

Tiada Orang Ketiga, Hubungan Kekal Baik

Dalam pada itu, Nilam menjelaskan perceraian yang berlaku bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga, malah tiada sebarang pergaduhan besar antara dirinya dan Azlan.

Ads

“Bukan kerana orang ketiga tetapi biasalah dalam perkahwinan ada masanya kami sendiri tak boleh jelaskan kepada umum sebabnya,” ujarnya.

Terdahulu, satu hantaran yang dimuat naik oleh Nilam di media sosial mencetuskan kontroversi dan pelbagai spekulasi apabila ia memberi bayangan bahawa dirinya akan hidup bersendirian bersama anak.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada September tahun lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Allah Cabut Nyawa Di Sana, Kita Rasa Beruntung” – Di...

Penyanyi, Lan Solo meluahkan rasa syukur apabila dia sekeluarga tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.