Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
Ads
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Ads
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
Meski hubungan antara suami sudah berakhir, namun Betty Banafe mempunyai sahabat yang sentiasa ada menemaninya.
Sudah bersahabat setelah sekian lama, Betty dan Haleeda Mazlin masing-masing dalam karier yang sama, sentiasa memberi kata-kata semangat buat sahabatnya itu.
“As Salam duhai hati.. My tetamu, sahabat dari dulu.. Kami saling mengerti, walaupun tanpa bicara atau lama x bersua,
“Kami punya persefahaman dalam memahami keadaan perjalanan yg sedikit berbeza. namun, itu bukan alasan untk tidak loyal d blkg kita.. kerana antara aku dan kau @bettybanafe tiada rahsia, tidak punya erti putus asa.. memori kita genggam Sama2. Fii Amanillah, love & Smile. Sempat ko merungut ye Bet,” tulisnya.
Dalam pada itu, mereka juga sempat menyanyikan lagu Menghitung Hari nyanyian Krisdayanti dengan penuh perasaan.
“As Salam duhai hati … Hadapi dgn senyuman @bettybanafe.. kerna kita xkn pernah sendiri.. 🌹Fii Amanillah, love & Smile. Kitaorg ni mmg suka berbicara melalui lagu,” kongsi Haleeda yang pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim pertama.
Terdahulu, Betty dan Bruce Dargus ini diijabkabul pada 8 Disember 2012 dan mereka bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Hasil perkongsian selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Video : Instagram Haleeda Mazlin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Luqman Hafidz ada membuat coretan panjang mengenai persahabatan dengan rakan-rakan lelaki yang mulai berubah rutin hidupnya setelah mendirikan rumah tangga.
Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, perkongsian secara umum itu antara lain turut memohon para sahabat supaya saling mengingati akan sahabat lain yang merindu.
“Kawan hilang bila dah kawin?, bukan nak cakap yg masih lepak itu win, lebih kepada membincangkan terputusnya silaturrahim. Dulu sebelum korang kenal kami kwn2 yg push lebih.
“Pergi lah mintak nombor nanti melepas kau yg sedih”, tak menjadi kau nak give up kami sekeh, “mana tau dia jodoh kau , yg mahal memang selalunya susah weh”.
“Zaman dating kami pun tumpang pening , ye lah time tu kan byk dugaan berpusing pusing, kene tempias, kami suara paling nyaring, “kau putus kau bongok, tengoklah esok dia cari lain,” tulis Hafiz yang dikongsikan menerusi Instagram.
“Alhamdullilah selamat sudah bersanding berdua, kami semua senyum sampai ke telinga, tumpang bahagia hari indah lagi mulia, sempat bisik “malam ni tido awal la brother?
“Tapi sayang lepas tu langsung tak bersua, sebulan sekali belum tentu jumpa, faham baru lepas kawin korang perlukan masa, nak settle down ziarah jumpa semua sanak saudara.
“Ya sudah ada tanggungjawab baru, ada mulut nak suap ada yg nak rumah dulu. Ada yang pindah jauh beribu batu.Masih dalam whatapps group kawan kawanku, tapi kini sepi diam membisu.
“Sorry lah kau faham lah isteri aku bising”, aku angguk tanda setuju dia dulu baru yg lain, “takpelah kita lepak bila hal genting” , utamakan keluarga itu yang paling penting.
“Bukan nak cakap yg kau dah lupakan aku, lebih kepada kawan kau sekarang ni rindu, terkenang apa yg kita pernah ada dulu, rindu gelak tawa bila kongsi segala sendu. Setiap kali nak balik mesti chicken dinner dulu.
“Coretan ni bukan nak back up si suami, Hanya nak cakap hello dekat si isteri,
Nak share kisah persahabatan kami, Yang terbina sebelum korang jd laki dan bini. Ketahuilah apa pun yg jadi, doa sahabat ini sentiasa mengiringi.
“P/S: boleh lah tag isteri masing2 kalau nak lepak hujung minggu ni. Kene tembak balik tanggung sendiri,” kongsinya lagi.
Penyanyi muda, Ismail Izzani mengakui dia menerima pelbagai reaksi terhadap penampilan rambut barunya yang dibuat kerinting, seiring dengan usia remaja.
Malah, reaksi tersebut turut diterimanya menerusi komen-komen yang ditinggalkan menerusi laman sosial.
Jelas penyanyi yang mesra disapa Mail ini, dia seorang yang gemar bereksperimen, termasuk mengenai soal imej serta penampilan.
“Ini (gaya rambut) sekadar mencuba. Sebab saya ni seorang yang gemar mencuba. Jadi kali ini nak ubah pula kepada rambut keringting. Walau pun nampak macam Maggie Blackpepper tapi tak mengapalah.
“Tak tahu nak cakap tapi saya selesa. Saya tak suka nampak ia ‘kemas’ saya suka nampak ‘messy’. Jadi inilah pilihan saya,” katanya jujur kepada MH.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.