Tahun lalu menyaksikan semula comeback penuh bermakna grup Nu’est setelah hampir dibubarkan oleh syarikat rakaman mereka, Pledis Entertainment, siapa sangka inisiatif mereka menyertai rancangan realiti tv, Produce 101 membuatkan peminat kembali mengingati kumpulan ini.

Terdiri daripada Jr, Ren, Aron dan Baekho, Nu’est kembali rebranding dan melakukan comeback sebagai Nu’est W memandangkan seorang lagi ahli iaitu Minhyun kini bersama Wanna One.

Nu’est Kembali Dengan Nama Baru Nu’est W, Bukti Jangan Mudah Mengalah!

Sejujurnya, MH sendiri tidak kenal sangat grup ini tapi bila melihatkan peminat-peminat begitu meminati grup ini, terdetik jugalah nak dengar lagu-lagu mereka.

Dalam pada itu, MH juga sempat ‘berkenalan’ dengan grup ini semasa sidang media Nu’est W bertempat di Hotel Hilton, Sabtu lalu. Bagi MH, tidak hairanlah peminat begitu tergilakan grup ini sebab memang handsome-handsome orangnya.

IKLAN

Nu’est Kembali Dengan Nama Baru Nu’est W, Bukti Jangan Mudah Mengalah!

Ketuanya, Jr mengakui bahawa tahun lalu memang mengubah kehidupan mereka selama ini dan memasang azam untuk membalas jasa peminat-peminat mereka.

“Untuk tahun 2018 ini, kami ingin memberikan sebanyak mungkin kasih-sayang (love) pada peminat memandangkan tahun lalu sudah terlalu banyak yang fans berikan pada kami.

“Oleh itu, tahun ini memang khas untuk peminat kami sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, MH lihat ramai artis kpop cukup suka dengan makanan di Malaysia ini, memandangkan negara kita memang banyak variety makanan yang sedap-sedap kan.

IKLAN

Nu’est Kembali Dengan Nama Baru Nu’est W, Bukti Jangan Mudah Mengalah!

“Rindu makanan Malaysia, dulu semasa datang ke sini 5 tahun lalu saya sempat makan nasi goreng. Sedap betul.

“Lepas ni nanti nak pergi cuba satay pula,” kata Baekho.

“Semalam, lepas rehearsal saya diberi satu minuman isotonik… rasanya memang menyegarkan tapi tak tahu nama apa,” luah Ren.

Sebagai rakyat Malaysia, MH bangga jugalah dengar rakyat negara lain menghargai makanan kita, namun sebenarnya MH nak juga lihat artis kpop makan durian.

Pada Kwave Music Festival tersebut, Nu’est W menyanyikan 5 buah lagu iaitu Just One Day, Overcome, Love Paint, Where You At dan Look.

IKLAN

Tidak dinafikan sebagai grup yang sudah lama bertatih dalam industri muzik, persembahan yang diberikan cukup mantap. Interaksi mereka bersama para peminat juga cukup menghibur.

Ada ketika, kelihatan Ren memakai crown bunga yang diberikan peminat sambil menari girang di atas pentas. Comel betul!

Nu’est Kembali Dengan Nama Baru Nu’est W, Bukti Jangan Mudah Mengalah!

Kwave 2 Musik Festival dibawakan oleh Mcalls serta dianjurkan oleh Macpiepro.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI