Penyanyi, Nubhan Ahamad menafikan dakwaan kononnya dia membeli sebuah rumah di Dengkil, Selangor tanpa pengetahuan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Menurut Nubhan, rumah tersebut sebenarnya disewa semata-mata untuk dia mengasingkan diri bagi menjaga mental dan emosi anak-anak.

Nubhan Nafi Beli Rumah Tanpa Pengetahuan Isteri -
“Saya Hanya Menyewa… Tak Mahu Anak-Anak Lihat Kami Bergaduh.”

“Saya sebenarnya tak beli rumah itu dan hanya menyewa. Disebabkan banyak hal yang berlaku, saya rasa perlu untuk mengasingkan diri. Saya juga tak mahu anak-anak melihat kami bergaduh.

“Saya tak nak mereka sedih dan hal seperti ini kekal diingatan mereka. Saya hanya mahukan yang terbaik dan pastikan emosi anak-anak terjaga.

“Jadi, saya putuskan untuk keluar daripada rumah itu agar saya boleh kawal emosi dan jiwa saya. Saya tak nak anak-anak rasa tertekan,” jelas Nubhan.

Nubhan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Gegar Vaganza 12 (GV12) yang diadakan di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.

Nubhan Nafi Beli Rumah Tanpa Pengetahuan Isteri -
“Saya Hanya Menyewa… Tak Mahu Anak-Anak Lihat Kami Bergaduh.”

Ads

Nubhan merupakan antara 13 peserta GV12 yang bakal memulakan saingan bermula 2 November ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Cuba Bertahan 10 Tahun, Nekad Dengan Keputusan

Mengulas lanjut, Nubhan turut menolak dakwaan isterinya yang didakwa tidak jelas akan sebab sebenar dia diceraikan.

Nubhan Nafi Beli Rumah Tanpa Pengetahuan Isteri -
“Saya Hanya Menyewa… Tak Mahu Anak-Anak Lihat Kami Bergaduh.”

“Situasi ini sebenarnya berat untuk saya lalui. Tidak semua orang mahu perkara ini berlaku. Saya sudah lama memikirkan keputusan ini.

“Jika isteri saya mendakwa dia tidak tahu mengapa dia diceraikan, itu tidak mungkin. Kami sudah berbincang mengenai perkara ini beberapa kali.

Ads

“Saya juga pernah berjumpa bapa dan ibu saudaranya untuk menyatakan tentang permasalahan dan meminta nasihat. Malah, saya juga sudah membawa isteri untuk bertemu dengan individu yang pakar mengenai rumah tangga.

“Jadi, tak wajar untuk dia katakan dia tidak tahu mengapa dia diceraikan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, keputusan untuk berpisah dibuat selepas melalui tempoh yang panjang dan mencabar dalam perkahwinan mereka.

Nubhan Nafi Beli Rumah Tanpa Pengetahuan Isteri -
“Saya Hanya Menyewa… Tak Mahu Anak-Anak Lihat Kami Bergaduh.”

“Saya tak nak cakap lebih-lebih, takut perkara tak baik pula keluar nanti. Saya pernah tinggal bersamanya selama 10 tahun. Biarlah saya simpan rapat hal rumah tangga ini.

Ads

“Saya sudah cuba bertahan selama 10 tahun. Bukannya kami tidak mencuba untuk perbaiki hubungan. Tempoh itu bukan sekejap dan kami bertahan disebabkan anak-anak.

“Saya juga nak nyatakan yang saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Selama saya menjadi suami, saya tak pernah culas tentang tanggungjawab dan memberikan kasih sayang.

“Mungkin takdir sudah tertulis bahawa hubungan kami sampai di sini sahaja,” akhirinya.

Untuk rekod, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu.

Pasangan ini pernah berpisah pada 2017 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah tanpa pengesahan lafaz cerai ketika itu.

Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads