Uncategorized

Nora Danish ‘Throwback’ Video Kahwin Sempena ‘Anniversary’ Pertama

Share

Momen indah di dalam kehidupan perkahwinan tentunya semasa menyambut ulang tahun perkahwinan bersama suami tercinta. Masa itulah, boleh lihat sama ada pasangan mengingati tarikh bersejarah itu atau tidak.

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinanya dengan Nedim Nazri, pelakon, Nora Danish memuat naik video ‘throwback’ perkahwinan tahun lalu menerusi laman IG miliknya.

“Smiles and frowns, laughs and cries, give and take, ups and downs, good times and bad… thanks for being my rock through this topsy turvy journey called life.

“I love you teddy beaw… @boss_ned And to @cstproduction ,you guys did an amazing job as always. Thank you. 30th March 2017 – when #nenosaysido #nenostory,” tulisnya

Pasangan tersebut sah diijabkabulkan pada 30 Mac 2017 jam 8.37 malam oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Khairul Asyraf Ahmad.

Majlis pernikahan Nora dan Nedim diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Dalam pada itu, pasangan ini baru sahaja menerima ahli baru dalam keluarga, Februari lalu apabila Nora selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim atau nama panggilannya Ney Ney.

Melalui pemerhatian MH di laman IG Nora, aktress tersebut rajin berkongsi perkembangan keluarga di IG.

Melihatkan kebahagiaan Nora, MH pun turut sama tumpang gembira. MH doakan semoga kekal hingga ke Jannah!

Sumber: IG Nora Danish

IKLAN