Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.

Menurut Nora, sebagai seorang ibu yang mempunyai anak di sekolah berasrama penuh, dia berharap siasatan dapat dijalankan dengan telus dan keadilan ditegakkan.

Nora Danish Terkesan Isu Zara Qairina, Seru Sekolah Sedia Saluran Aduan Buli – “Kita Ada Anak-Anak Untuk Dibesarkan…”

“Saya seorang ibu dan punyai anak yang belajar di sekolah berasrama penuh. Hal ini sememangnya sangat memberikan kesan terhadap hidup saya.

“Saya mengharapkan keadilan dapat ditegakkan. Semoga pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan telus. Semoga pihak keluarga mendapat jawapan yang mereka inginkan.

“Semoga kita semua bersatu untuk terus bersuara. Kita ada anak-anak untuk dibesarkan di negara ini. Kita mahu hidup dalam keadaan makmur,” katanya kepada MH.

Ads

Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaharu Amber, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut meluahkan kebimbangan terhadap keadaan anak-anaknya di sekolah dan berharap pemantauan dapat diketatkan agar insiden sama tidak berulang.

Nora Danish Terkesan Isu Zara Qairina, Seru Sekolah Sedia Saluran Aduan Buli – “Kita Ada Anak-Anak Untuk Dibesarkan…”

“Saya memang risau tentang keadaan anak-anak. Saya rasa pihak sekolah perlu menitik beratkan soal keselamatan dan pemantauan yang ketat.

Ads

“Mereka juga perlu adakan saluran aduan. Bila anak-anak kita dibuli, mereka boleh meluahkan tanpa rasa takut.

“Setakat ini, anak-anak tidak pernah mengadu apa-apa. Namun, saya akan sentiasa bertanya tentang hal-hal mereka di sekolah. Saya akan pastikan mereka tahu yang buli ini bukan normal,” ujarnya.

Seru Hentikan Normalisasi Buli

Selain itu, Nora menyeru semua pihak agar berhenti menormalisasikan budaya buli, bukan sahaja di sekolah tetapi juga di platform media sosial.

Nora Danish Terkesan Isu Zara Qairina, Seru Sekolah Sedia Saluran Aduan Buli – “Kita Ada Anak-Anak Untuk Dibesarkan…”

Ads

“Saya percaya banyak lagi kes-kesa buli yang lebih berat di luar sana tapi tak mendapat liputan meluas.

Saya harap pihak media dapat terus membantu.
“Buli bukan sahaja berlaku di sekolah tapi juga di media sosial. Ia bukan sahaja boleh mengganggu emosi tapi juga meragut nyawa.

“Menjadi anak seni, kita memang tak boleh lari dari jadi mangsa buli. Namun, saya sudah lali dan terbiasa. Saya lahir dari zaman blog lagi. Jadi, saya tidak terkesan sangat.

“Namun, saya simpati dengan nasib rakan-rakan artis yang lain. Perkara seperti ini bukan mudah. Saya pernah kena dan saya tahu hal ini berat,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads