Nora Danish, Fattah Amin, Amira Othman, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah antara nama besar yang menjadi tumpuan di acara Amber Allstar Picklebash yang berlangsung pada 4 Disember lalu.

Turut kelihatan memeriahkan gelanggang termasuk Zoey Rahman, Tam Suhaimi, Lah Ahmad, Ajai, Izuan Mokhtar, Fizi Ali dan ramai lagi, menjadikan program ini sebagai himpunan istimewa barisan bintang hiburan tanah air.

Acara anjuran jenama gaya hidup dan kecantikan terkemuka, Amber ini sekali lagi memperkukuh hubungan erat antara rakan media, pengurus artis dan duta selebriti melalui penganjuran aktiviti santai berteraskan sukan.

Menggabungkan elemen hiburan, sukan dan apresiasi, Amber Allstar Picklebash mengetengahkan sukan pickleball yang semakin mendapat tempat di Malaysia, sebagai aktiviti utamanya.

Walaupun berlangsung dalam suasana santai, namun semangat kompetitif peserta cukup terasa, diisi dengan momen gelak tawa dan sorakan sepanjang pertandingan.

Program ini bukan hanya bertujuan meraikan komuniti yang menyokong perjalanan jenama Amber, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan industri secara lebih mesra, dekat dan autentik.

 

Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang! Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang! Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang! Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang!

Ads

Penghargaan Buat Rakan Media, Duta

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, acara ini merupakan tanda penghargaan buat semua rakan media dan duta selebriti yang menjadi tulang belakang pengukuhan jenama Amber.

“Amber bukan sekadar jenama, tapi ia adalah komuniti. Kami percaya bahawa kejayaan yang dikecapi hari ini hadir bersama sokongan padu rakan media, pengurus artis serta wajah-wajah selebriti hebat yang mewakili Amber.

“Amber Allstar Picklebash dianjurkan khusus untuk meraikan mereka semua, dalam suasana santai, sihat dan menyeronokkan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, keunikan acara berasaskan sukan seperti pickleball yang memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi secara lebih natural.

Ads

“Kami mahu mencipta ruang yang membolehkan semua yang terlibat dengan jenama Amber berkumpul, berinteraksi dan berseronok tanpa protokol.

“Semangat kesukanan ini mencerminkan nilai Amber iaitu kecergasan, keyakinan dan komuniti yang positif,”tambahnya lagi.

Amber Allstar Picklebash turut menonjolkan sisi berbeza selebriti dan rakan media, dari pentas glamor ke gelanggang sukan dalam satu perlawanan ringan tetapi penuh makna.

Amber juga optimis untuk meneruskan lebih banyak acara komuniti pada masa akan datang selaras dengan visinya membina jaringan industri yang progresif dan inklusif.

Ads

Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang! Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang! Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang! Nora Danish, Fattah, Dayang Nurfaizah Antara Selebriti Yang ‘All Out’ Main PickleBall Bersama Rakan Media… Acara Santai Himpunkan Bintang!

Pemenang & Ganjaran

Pasangan Amir Hamzah dan Iman muncul juara, membawa pulang RM10,000 berserta medal dan set kelengkapan pickleball Amber.

Tempat kedua menjadi milik pasukan media diwakili Nazrin dan Shahrin yang menerima wang tunai RM5,000 beserta medal dan set kelengkapan pickleball Amber.

Di tempat ketiga, pasangan Nora Danish dan Mickey Myo membawa pulang RM3,000 beserta medal dan set kelengkapan pickleball Amber.

Pasukan lain yang tidak berjaya turut menerima medal dan set kelengkapan pickleball Amber sebagai penghargaan penyertaan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads