
Pelakon, Nadia Brian enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan hubungan cintanya bersama usahawan, Nedim Nazri sudah berakhir.
Perkara tersebut mula menjadi perhatian selepas kedua-dua mereka dilihat tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di platform media sosial.
Seakan memberikan gambaran dirinya seolah-olah sedang merajuk, Nadia ketika ditemui media bagaimanapun memaklumkan perkara seperti itu merupakan lumrah bagi seorang wanita.

“Untuk perkara itu, saya tiada sebarang komen yang nak diberikan. Biasalah kita ini perempuan,” jawabnya ringkas.
Pelakon drama Bisk Asmara itu berkata demikian ketika ditemui pada program berbuka puasa anjuran Viu, baru-baru ini.
Masih Di Fasa Perkenalan, Fokus Kerjaya
Dalam masa sama, Nadia memaklumkan bahawa dia dan Nedim kini sedang sibuk menguruskan kerjaya serta kehidupan masing-masing.

“Kami baru sahaja di fasa perkenalan. Apapun, saya hanya mendoakan yang terbaik sahaja. Kami juga sibuk dengan kehidupan dan pekerjaan masing-masing,” ujarnya.
Sementara itu, Nadia turut memaklumkan dirinya lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi hal-hal berkaitan kehidupan peribadi kepada umum.

“Saya sebenarnya agak segan untuk bercerita soal peribadi. Saya bukan seseorang yang suka kisah peribadi dijadikan bahan berita.
“Soal perhubungan ini, saya pernah laluinya dahulu. Jadi, saya tak nak terlalu terbuka. Namun, saya juga faham dengan kehendak peminat.
“Mereka risau dan sayangkan kita. Saya sangat berterima kasih. Apapun, saya hanya akan berkongsi apa yang ingin saya kongsikan sahaja,” ujarnya.
Baru-baru ini, nama Nadia dan Nedim kembali menjadi perhatian warganet selepas mereka dikatakan sudah tidak saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sebelum ini, pasangan tersebut dilihat agak terbuka berkongsi momen-momen kebersamaan mereka di media.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




