Juri tetap program realiti Kilauan Emas 2025 (KE2025), Ning Baizura menyifatkan kualiti persembahan para peserta minggu ini semakin mantap dan memperlihatkan kesungguhan yang tinggi demi menambat hati juri.

Meskipun turut merasai kehilangan selepas Nurul Azwa Md Shari atau Nurul diumumkan sebagai peserta tersingkir, Ning bagaimanapun menegaskan aspek simpati tidak boleh dijadikan faktor dalam menilai prestasi peserta.

“Kita sudah memasuki saingan minggu keempat dan kami di pihak juri merasakan ada pesembahan peserta lain malam tadi yang lebih ‘onz’. Mereka sudah mencuba dengan sehabis baik.

“Kita tidak boleh mengambil (menilai) dari sisi simpati sebab kadang-kadang kalau kita nak mengasihani… bukan lagi. Ini pertandingan dan sudah menjadi adat akan ada peserta yang kurang bernasib baik.

“Apa pun, saya tumpang sedih bila ada peserta yang terpaksa pergi. Pada saya, Nurul berlapang dada dengan penyingkiran yang diumumkan.

“Ketika bersalam dengan kami, dia positif dan mengucapkan terima kasih kerana dia percaya rezeki, setakat ini sahaja perjalanannya di Kilauan Emas 2025. Kami juga turut berikan semangat untuk dia teruskan apa yang diminatinya.

“Manakala untuk Ezan dan Shah yang turut berada di kedudukan ‘bottom 3’ malam tadi, mereka dah tak boleh nak main-main. Semoga mereka dapat berikan yang terbaik untuk minggu hadapan,” katanya.

Ning Baizura Puji Persembahan Bintang Kilauan Emas 2025, Ulas Penyingkiran Nurul – “Ada Peserta Lain Yang Lebih ‘Onz’.” Ning Baizura Puji Persembahan Bintang Kilauan Emas 2025, Ulas Penyingkiran Nurul – “Ada Peserta Lain Yang Lebih ‘Onz’.”

Bangga Prestasi Peserta 

Ning turut menambah, ada peserta yang kini menunjukkan peningkatan ketara dalam usaha mempamerkan bakat mereka di atas pentas.

“Sudah minggu keempat persaingan dan kita boleh melihat ada sesetengah daripada mereka yang mulai lebih serius. Mula menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

“Kita boleh nampak ada di antara mereka juga yang bersemangat untuk kembali mempamerkan bakat yang ada di atas pentas. Ada peserta yang tak sambil lewa, itu yang membuatkan saya rasa bangga.

“Tapi saya percaya penyokong yang hadir juga memberikan semangat kepada peserta bertanding untuk beri mereka semangat.

Ads

“Malah pemilihan lagu juga menjadi antara faktor persembahan secara keseluruhan.

“Tapi minggu ini saya puji dengan penampilan dan gaya masing-masing. Persalinan yang dikenakan tepat dengan konsep lagu. Saya melihatnya dari keseluruhan persembahan,” katanya lagi.

Malam tadi, Nurul, 46, yang menyampaikan lagu Ayam Den Lapeh nyanyian asal Anita Sarawak, terpaksa akur untuk meninggalkan saingan minggu hadapan apabila meraih markah terendah dengan 59.04%.

Ning Baizura Puji Persembahan Bintang Kilauan Emas 2025, Ulas Penyingkiran Nurul – “Ada Peserta Lain Yang Lebih ‘Onz’.” Ning Baizura Puji Persembahan Bintang Kilauan Emas 2025, Ulas Penyingkiran Nurul – “Ada Peserta Lain Yang Lebih ‘Onz’.”

Kedudukan Markah 10 Peserta

Sementara itu, kedudukan pertama menjadi milik Mazleen dengan 79.07% diikuti Zanie 78.45% dan Kinar sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week.

Ning Baizura Puji Persembahan Bintang Kilauan Emas 2025, Ulas Penyingkiran Nurul – “Ada Peserta Lain Yang Lebih ‘Onz’.”

Ning Baizura Puji Persembahan Bintang Kilauan Emas 2025, Ulas Penyingkiran Nurul – “Ada Peserta Lain Yang Lebih ‘Onz’.”

Ads

Berikut ialah senarai penuh markah peserta minggu keempat saingan;

1. Mazleen – 79.07%

2. Zanie – 78.45%

3. Nawary – 77.61%

4. Majid – 72.71%

5. Zekrai – 68.94%

6. Kinar – 68.67%

Ads

7. Leeza – 66.06%

8. Ezan – 63.24%

9. Shah – 59.39%

10. Nurul – 59.04%

KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.

Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.

Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.

Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, Roy Azman serta juri baharu, Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight yang bersiaran selepas konsert pada jam 11.30 malam di Astro Prima.

KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads