Ads

“Nikmat Besar Yang Belum Kami Rasai, Panggilan Ibu Ayah,” – Masih Belum Boleh Bercakap Pada Usia 2 Tahun, Azmi Saat Bawa Anak Jalani Rawatan

Penyanyi dan anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, menyifatkan kehadiran cahaya matanya, Khalisa Insyirah, sebagai anugerah yang membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupannya bersama isteri.

Namun di sebalik rasa syukur membesarkan anak yang kini berusia dua tahun empat bulan, Azmi mendedahkan Khalisa masih belum boleh bercakap dan dipercayai mengalami masalah pertuturan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

“Khalisa sekarang sudah dua tahun empat bulan. Alhamdulillah dia jarang sakit. Jarang sangat kami rasa susah menjaga dia. Jauh banyak yang seronok dari yang sedih.

“Cuma, satu nikmat besar yang belum kami rasai adalah panggilan Ayah/lbu daripada Khalisa. Sampai sekarang, Khalisa belum ada sepatah pun perkataan bermakna dari mulutnya.

“Malah, kalau dipanggil namanya pun Khalisa tak respond. Namun syukurnya banyak juga bijaknya dari sudut lain,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat penyanyi lagu Hanya NamaMu itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Ads

Usaha Dapatkan Rawatan Awal

Menyedari keadaan anaknya itu, Azmi dan isteri mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan pakar bagi mengenal pasti punca serta mencari jalan penyelesaian awal terhadap masalah yang berkaitan.

“Nikmat Besar Yang Belum Kami Rasai, Panggilan Ibu Ayah,” – Masih Belum Boleh Bercakap Pada Usia 2 Tahun, Azmi Saat Bawa Anak Jalani Rawatan

“Setelah puas mencari info, hubungi sana sini, Alhamdulillah kami dipertemukan dengan Super Kidz yang menyediakan khidmat Program Intervensi Awal.

“Kebanyakan tempat hanya menerima anak berusia 3 tahun ke atas. Berbeza dengan Super Kidz yang boleh terima untuk umur Khalisa,” kongsinya lagi.

Ads

Sebagai seorang bapa, Azmi menegaskan dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya menerima rawatan terbaik.

“Nikmat Besar Yang Belum Kami Rasai, Panggilan Ibu Ayah,” – Masih Belum Boleh Bercakap Pada Usia 2 Tahun, Azmi Saat Bawa Anak Jalani Rawatan

“Moga sedikit usaha ayah dan ibu ini, dapat bantu adik untuk cepat bercakap. Ayah akan usahakan walau berapa pun kos yang perlu untuk kebaikan Adik.

Ads

“Ibu akan selalu berdoa moga Allah sentiasa jagakan Adik untuk kami. Mohon juga kawan-kawan doakan yang terbaik buat Khalisa dan kami ya,” kongsinya.

Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga bersama Naziah Muhammad pada tahun 2011. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Khalisa Insyirah, pada 6 November 2023.

Terdahulu, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat pernah melalui detik duka apabila anak sulung mereka, Khairul Afnan, meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan pada September 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azmi Saat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bukanlah Serik, Cuma Belum Terfikir Lagi,” – Rebecca Nur Al Islam...

Hampir setahun berpisah dengan bekas suami, Rebecca Nur Al Islam kini memilih untuk memberikan sepenuh perhatian kepada tujuh orang anaknya.
error: Hello. Cannot.