Mahkamah Negeri Jakarta Selatan telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap pelakon dan personaliti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, selepas didapati bersalah atas kes pemerasan terhadap seorang usahawan kosmetik.
Menurut laporan, panel hakim mendapati Nikita terbukti melakukan pemerasan melalui penyebaran maklumat elektronik yang mengandungi unsur ancaman terhadap pengadu, Reza Gladys, yang juga pemilik produk penjagaan kulit.
Dalam keputusan yang diumumkan pada 28 Oktober 2025, mahkamah turut mengenakan denda sebanyak satu bilion rupiah (kira-kira RM254,000) terhadap tertuduh, dengan ketetapan bahawa kegagalan membayar denda tersebut akan diganti dengan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan.
Ads
Hakim menjelaskan, Nikita disabitkan kesalahan di bawah Pasal 45 ayat (10) huruf a jo Pasal 27B ayat (2) Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE) berkaitan perbuatan pemerasan melalui media elektronik.
Bagaimanapun, mahkamah melepaskan Nikita daripada tuduhan tambahan di bawah Undang-Undang Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU) selepas mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong pertuduhan berkenaan.
Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama 11 tahun serta denda dua bilion rupiah, namun mahkamah mengambil kira beberapa faktor meringankan termasuk tanggungan keluarga dan kerjasama semasa proses perbicaraan sebelum menjatuhkan hukuman lebih rendah.
Ads
Peguam bela Nikita memaklumkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dua nama hebat dari dua negara serumpun, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia, artis versatil dari Singapura akhirnya bergabung dalam sebuah kolaborasi istimewa menerusi lagu terbaharu, Biar Gambar Bicara.
Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga sebuah kisah perjalanan, kepercayaan dan rasa yang telah dibina sejak bertahun lamanya.
Kerjasama ini bermula sejak hujung tahun 2023 melalui satu panggilan telefon antara mereka.
Azharina dan Nana Karia sebenarnya telah saling mengenali sejak 2016, namun hanya pada penghujung 2023 mereka berbicara secara serius tentang impian untuk bekerjasama dalam satu projek muzik.
“Bila Nana cakap dia nak kolaborasi, saya terus rasa ada sesuatu yang kuat dalam lagu ni. Bila saya dengar demo lagu ni, saya terus jatuh cinta.
“Rasa macam lagu ni memang ditulis untuk saya. Kami pertama kali bertemu secara bersemuka pada Disember 2023 di Kuala Lumpur dan dari situ, semuanya berjalan dengan lancar,” kata Azharina.
Demo lagu tersebut dihantar kepadanya sekitar Mac 2024 dan kedua-dua artis itu memasuki studio rakaman di Kuala Lumpur dalam bulan yang sama.
Proses rakaman berlangsung dengan penuh keserasian, hasil keakraban yang telah lama terjalin antara mereka.
Sementara muzik video pula dirakam di lokasi eksklusif iaitu Mandarin Oriental Kuala Lumpur, menambah elemen dramatik dan elegan kepada visual lagu ini.
Menurut Nana Karia pula, lagu ini disifatkan sebagai lambang keyakinan, kesabaran dan kesungguhan yang akhirnya membuahkan hasil.
“Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah akhirnya dapat bersatu dalam studio.
“Biar Gambar Bicara merupakan lagu berbentuk realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia.
“Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan Azharina, seorang penyanyi yang saya kagumi sejak dulu. Lagu ini benar-benar dekat di hati kami berdua,” ujar Nana.
Lagu ini merupakan hasil ciptaan Nana Karia sendiri, manakala lirik ditulis oleh Faizal Sapuan.
Ia diterbitkan oleh gabungan tenaga kreatif dari Jebon Osman, Azharina Azhar dan produksi bersama antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production.
Biar Gambar Bicara sudah dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober lalu dan boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan YouTube Music.
Muzik video rasmi juga turut dilancarkan pada 17 November lalu dan sehingga ini ia sudah ditonton hampir 2,000 kali.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.
Menerusi kenyataan media, Azmir menjelaskan keutamaan kini tertumpu kepada pelaksanaan pindaan Akta Finas 1981 (Akta 244) sebagai misi utama penggal kedua beliau dalam menerajui agensi itu.
Langkah ini bertujuan memperkemas perundangan dan tadbir urus industri perfileman bagi melindungi kebajikan kru produksi, memodenkan pelesenan serta menyokong model pekerjaan kreatif kontemporari.
Azmir mula memegang jawatan sebagai CEO Finas pada 1 November 2023.
“Fokus kedua ialah Pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) 2025 hingga 2035 yang menetapkan pelan pembangunan 10 tahun membabitkan Malaysia sebagai Hab Industri Kreatif ASEAN termasuk Pemerkasaan IP Monetization dan pasaran eksport.
“Tidak ketinggalan, pembangunan produser dan ‘showrunner’ tempatan, kerjasama filem ‘financing’ usaha sama penerbitan antarabangsa, penyelarasan naratif kebangsaan yang progresif dan kerjasama strategik industri pendidikan,” katanya.
Dalam pada itu, Azmir turut memaklumkan, Insentif Galakan Industri Filem Bernilai RM110 juta diperuntukkan bagi menggalakkan penerbit tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.
“Daripada jumlah itu, RM10 juta dikhususkan bagi kandungan berteraskan semangat kenegaraan, bagi memperkukuh jati diri dan identiti nasional melalui medium kreatif.
“Fokus keempat pula adalah Dana Belia Kreatif MADANI yang bertujuan melahirkan generasi pencipta kandungan berilmu, bertanggungjawab dan berjiwa patriotik termasuk sokongan pembangunan bakat kampus dan belia komuniti di seluruh negara,” katanya.
Tambahnya lagi, landskap industri perfileman Malaysia kini berada dalam keadaan stabil dengan potensi pertumbuhan jangka panjang apabila ekosistem pawagam kembali pulih.
“Platform OTT antarabangsa seperti iQiyi, Viu, Astro dan Netflix terus melabur dalam drama bersiri tempatan dan memanfaatkan insentif FIMI.
“Pada masa sama, siri seperti Bidaah, One Cent Thief dan Nenek Si Bongkok Tiga membuktikan pasaran kandungan Malaysia relevan di peringkat global,” ujarnya.
Dalam kenyataan sama, Azmir menzahirkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac serta Ahli Perbadanan Finas atas kepercayaan yang diberikan.
“Ini adalah wajah baharu Finas. Melalui pindaan Akta Finas 1981 dan penambahbaikan DFN, Finas akan memberi perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan mesra industri.
“Kami akan memperkukuh fasiliti teknologi di Hulu Klang sebagai pusat kecemerlangan produksi serta memperluas program infrastruktur kandungan di Sabah dan Sarawak bagi membangunkan Borneo Content sebagai jenama strategik Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Finas komited untuk merakyatkan dan meletakkan industri filem Malaysia sebagai industri yang dinamik, mampan, inklusif dan diiktiraf di persada global. Industri filem ini juga mencerminkan identiti pelbagai bangsa serta menyumbang kepada perpaduan dan ekonomi negara,” katanya.
Sejak memulakan tugas sebagai CEO pada 2023, antara pencapaian utama Azmir termasuk memastikan kelangsungan operasi pawagam dan rantaian perniagaan produksi melalui ‘engagement’ berstruktur bersama penggiat industri dan pengendali panggung, khususnya dalam usaha pemulihan ekosistem pasca pandemik.
Filem tempatan juga menunjukkan pertumbuhan kukuh apabila kutipan filem tempatan mencatat kira-kira RM180 juta (sehingga Oktober lalu) berbanding RM170 juta sepanjang tahun sebelumnya, sekali gus menyaksikan naskhah Malaysia mengatasi filem Hollywood di pasaran tempatan tiga tahun berturut-turut.
Kejayaan menerusi Skim Wajib Tayang serta rundingan penerbit dan operator panggung wayang terus meningkatkan kepercayaan penonton terhadap karya tempatan.
Filem produksi tempatan turut menyerlah di arena antarabangsa apabila karya seperti Abang Adik, Tiger Stripes, Raintown serta Imam menembusi pelbagai festival filem luar negara, meletakkan Malaysia sebagai sumber sinema berkualiti yang sedang berkembang.
Kemuncak Filem dan Televisyen ASEAN 2025 baru-baru ini turut menyaksikan termeterainya deklarasi komitmen kolektif generasi baharu rantau ini terhadap integriti kreatif, keterangkuman budaya dan kepelbagaian naratif sinema Asia Tenggara.
Deklarasi tersebut mengangkat Malaysia sebagai pengerak kepimpinan budaya serantau, selari dengan aspirasi negara untuk menjadi hab pertumbuhan industri kreatif ASEAN.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Indonesia, Musdalifah Basri, mengambil keputusan untuk menebus semula sijil rumah peninggalan ibu bapanya selepas mengetahui bahawa dokumen penting itu digadai oleh bapa saudaranya 17 tahun lalu bagi melangsaikan hutang peribadi.
Musdalifah menjelaskan, tindakan tersebut diambil selepas beliau dimaklumkan bahawa sijil hak milik rumah berkenaan berisiko dilelong sekiranya hutang itu terus tertunggak tanpa penyelesaian.
Tidak mahu rumah keluarganya berpindah tangan, beliau memilih untuk menggunakan wang simpanan sendiri sebesar Rp500 juta atau bersamaan sekitar RM124,000 bagi menyelesaikan penebusan tersebut tanpa menunggu tindakan lanjut daripada pihak bapa saudaranya.
Menurut Musdalifah, rumah yang terletak di Pinrang, Sulawesi Selatan itu mempunyai nilai sentimental yang cukup besar kerana ia merupakan kediaman yang menjadi saksi perjalanan hidup keluarganya sejak sekian lama.
Beliau turut menyatakan bahawa sebahagian besar usaha menaik taraf rumah tersebut dilakukan dengan titik peluhnya sendiri, sekali gus menguatkan tekadnya untuk mempertahankan harta peninggalan berkenaan.
Pelawak berusia 27 tahun itu menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas rasa tanggungjawab terhadap keluarga, di samping memastikan kediaman berkenaan kekal milik mereka.
Musdalifah turut mengakui bahawa langkah itu bukan mudah, namun beliau bersyukur kerana urusan penebusan dapat diselesaikan sepenuhnya.
Dalam masa sama, beliau berharap agar bapa saudaranyanya dilancarkan rezeki agar dapat menyelesaikan baki hutang yang masih tertunggak.
Sedikit info, Musdalifah mula mencipta nama sebagai seorang pelawak di Indonesia apabila beliau menyertai rancangan realiti Stand-Up Comedy Academy terbitan Indosiar dan berjaya menjadi satu-satunya peserta wanita yang melangkah ke peringkat akhir dan meraih tempat ketiga.
Selain bergelar pelawak, beliau yang cantik berhijab turut bergelar pelakon filem apabila membintangi pelbagai naskhah seperti The Fabulous Udin dan Jodoh 3 Bujang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyanyi Roslan Shah, atau lebih mesra disapa Cik Lan, tampil dengan kejutan istimewa sempena musim perayaan tahun ini apabila melancarkan muzik video...