Pernah melalui episod hitam dalam kehidupan, pelakon Niezam Zaidi mengakui kini jiwanya lebih tenang dan gembira dengan menyertai kumpulan tabligh dari Bangladesh.
Menurut Niezam, 30, penyertaannya dalam kumpulan itu banyak membuka matanya mengenai kehidupan selain melakukannya ikhlas kerana niat kepada Allah SWT.
“Bila ada satu turning point telah berlaku dalam hidup saya, kemudian saya fikir sesuatu perkara yang saya buat hanya kerana Allah dan tak boleh ikut kepala otak sendiri.
“Bila niat saya kerana Allah, segalanya berjalan dengan lancar. Saya ada juga join satu kumpulan tabligh dari Bangladesh dan dekat situ, saya rasa sangat gembira dan saya menyukainya.
Ads
“Sekarang, saya pandang semua orang baik, saya yang jahat. Itulah apa yang daripada pandangan sekarang ini,” katanya kepada MH.
Niezam ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharunya, Remp-It 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Terdahulu, Niezam dihukum denda RM4,000 atau penjara 10 bulan atas pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan pada Oktober tahun lalu.
Ads
Niezam mengaku bersalah di atas kesalahan tersebut dan membayar denda yang telah dikenakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat berterima kasih atas hadiah yang diberikan suami, Nabil Mahir bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-31 Mac depan.
Nabil membelikan tiket untuk sama-sama menonton konsert BlackPink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, 4 Mac 2023.
“We’re going to BlackPink! Birthday present awal Ayda Jebat,” tulis Nabil di Insta Stories lalu dibalas kembali isterinya itu.
Selebriti versatil, Kelly Azman tidak menafikan ada individu yang sebelum ini pernah menempelak dirinya, tiba-tiba cuba untuk kembali mesra dan berbaik semula.
Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia tidak terkejut dengan situasi yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suatu hal lumrah, yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Memang wujud, tidak saya nafikan. Malah ada yang tiba-tiba mulai mesej saya balik yang mana pernah satu ketika, pernah ‘ludah’ kita. Katanya saya ni tidak setaraf dengannya. Kita ni di dalam satu industri yang kecil dan sering berkerjasama.
“Namun bila ada yang mulai dapat rezeki lebih, tiba-tiba perangai jadi lain. Mula menjauhkan diri dan tidak mahu lagi sama-sama buat ‘job’ dengan saya. Jadi kita ni dirasakan ‘sendu’ di mata mereka. Siap cakap siapa saya, tak layak dan sebagainya.
“Tapi tidak mengapalah sebab sekarang ada yang datang balik. Saya tidak membenci jauh sekali nak berdendam. Cuma selepas ini kita akan lebih berhati-hati. Nak cari kawan yang boleh susah senang bersama bukan hal yang mudah,” katanya kepada MH.
Kelly berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Pelancaran Single, Dustakan Cinta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai single keempatnya ini, Kelly bertuah kepada menerima kepercayaan daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tempatan.
“Bila terima melodi naskhah tersebut daripada Mohariz Yaakup kira-kira dua tahun lalu, liriknya masih belum ada. Jadi saya cuba hubungi dan memang berniat mahukan Allahyarham Iman Imran untuk nukilkan lirik bagi lagu ini, namun arwah cadangkan saya untuk gunakan penulis lirik baharu, yang mana mereka juga teman saya.
“Bila saya terima liriknya, kami cuba lalukan beberapa penambahbaikan untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Jadi begitulah prosesnya. Ia dipermudahkan hasil sokongan semua.
“Jujurnya, komposer bayangkan andai lagu ini dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia pun baru dedahkan perkara tersebut kepada saya sejurus karya ini siap. Katanya dia membayangkan kalaulah Siti yang nyanyi bagaimana jadinya. Cuma ketika itu, beliau rasa segan untuk pelawa penyanyi terkenal tersebut,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mengakui terharu atas sokongan ramai.
“Sudah tentulah saya terharu, tak percaya pun ada. Memang akan ada yang kata siapa Mohariz Yaakup? Tapi kalau kita ‘study’ balik profil seninya, beliau bukan calang-calang. Rasa bertuah juga sebenarnya.
“Sebab itulah saya percaya kepada rezeki. Saya terima pelawaan ini pun ketika membuat ‘konsert’ di media sosial yang mana ia turut menerima sambutan baik rakan artis yang sama-sama sertai ‘IG Live’ tersebut. Awalnya hanya nak buat suka-suka memandangkan ketika itu kita semua berada dalam fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Tak sangka ia jadi sesuatu yang bermakna untuk kerjaya seni saya. Daripada situ ada peminat baru yang mula mengenali, syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia menghabiskan masa lama untuk berlatih dan menghafal lirik bagi segmen ‘battle’ bersama VE di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.
Menurut Jac, apa yang dilakukan sejurus Datuk Syafinaz memberikan komen berlalu secara spontan.
“Sebenarnya ia berlaku secara spontan. Saya macam tercakap mengenai perkara tersebut lepas tu ‘eh… eh…’ Cuma bila para juri bercakap mengenai perkara itu, saya layankan sahaja.
“Tapi saya memang ambil masa yang lama. Fokus saya terlalu lama sangat dengan lagu The Real Slim Shady,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Jac turut menerima apa sahaja kemungkinan ketika di malam kemuncak program realiti itu.
“Apa sahaja yang berlalu, saya selalu ingatkan bahawa ia semuanya sudah tertulis. Saya hanya buat yang terbaik. Malah ketika diumumkan pemenang tempat keempat, saya sudah sedia kalau nama disebut tempat ketiga.
“Sebab kita sudah sampai ke final. Siapa tahu persembahan saya tidak berapa baik. Malah saya terima untuk sebarang situasi yang terjadi.
“Saya cuma berdoa supaya dapat buat yang terbaik dan itu pun saya sudah berpuas hati,” katanya lagi.
Terdahulu, Jaclyn meberuma markah paling tinggi iaitu sebanyak 85.86% ketika saingan konsert akhir yang berlangsung, malam tadi.
Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi lagu Ikut Rentakku ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, tajaan penginapan, percutian ke Paris dan trofi sumbangan Astro.
Malah, Jaclyn turut menerima RM2,000 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.