Suspen juga baca pengalaman seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Ain ini.

Melalui akaun Twitternya, MH ada terbaca dirinya hampir diculik oleh seorang wanita berusia 40 an di Shah Alam, Seksyen 7!

Menurutnya, pada mulanya dia hanya ingin membantu seorang wanita berusia mengangkat barangannya ke dalam kereta sementara dia menanti grab car di sebuah bus stop.

Melihat wajah wanita tersebut yang agak berusia, gadis ini segera mengangkat segala beg plastic barangan dapur yang dibelinya ke kereta milik wanita tersebut di sebuah lorong.

Niat Nak Membantu Seorang Wanita, Gadis Ini Kongsi Hampir Diculik Di Shah Alam Niat Nak Membantu Seorang Wanita, Gadis Ini Kongsi Hampir Diculik Di Shah Alam

Namun setibanya di kereta, wanita tersebut membuka bonet dan memasukan barangan yang ditangannya, sementara itu dia meminta gadis ini memasukan barangan di tangan gadis itu ke tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Tanpa fikir panjang, gadis ini membuka pintu. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki dari dalam kenderaan tersebut merentap tangannya dan cuba menariknya ke dalam kereta.

IKLAN

Dalam masa yang sama wanita tersebut menolaknya dari belakang agar dia terus masuk ke dalam kereta!

Dalam keadaan panik, gadis ini terus menyerang mereka dan menggunakan ilmu-ilmu taekwando yang pernah dibelajarnya.

Mujur sewaktu bergelut, ada seorang lelaki berbangsa cina lalu di kawasan tersebut dan terus ke arah mereka sambil menyerit “Hey!”

Sementara kelam-kabut, gadis ini mengambil langkah drastic dengan menghentakkan mukanya ke muka wanita tersebut dan menendang lelaki tersebut lalu lari selamatkan diri ke lelaki cina berkenaan.

Niat Nak Membantu Seorang Wanita, Gadis Ini Kongsi Hampir Diculik Di Shah Alam

IKLAN

Menurut Ain, dia sangat trauma dan tidak menyangka seorang wanita juga boleh lakukan perkara seperti ini.

Tambahnya lagi, kereta berkenaan sudah ditanggalkan nombor platenya tetapi apa yang diingatnya adalah jenis kenderaan terbabit.

Niat Nak Membantu Seorang Wanita, Gadis Ini Kongsi Hampir Diculik Di Shah Alam

Oleh itu, Ain meminta para gadis di luar sana untuk belajar seni pertahankan diri dan sentiasa berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.

IKLAN

Niat Nak Membantu Seorang Wanita, Gadis Ini Kongsi Hampir Diculik Di Shah Alam

Perkongsian ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada rakan-rakannya dan pengikutnya, malah selebriti serta pengacara Wanita Hari Ini  Uyaina turut berkongsi pandangannya terhadap isu ini dan meminta semua gadis lebih berhati-hati menjaga keselamatan.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI