Kecoh baru-baru ini apabila ada pemilik akaun Instagram yang mendedahkan beberapa artis memakai barangan tiruan.

Antara nama-nama yang disebut termasuklah Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Janna Nick dan ramai lagi.

Susulan itu, pengarah, Michael Ang sempat memuat naik entri perlian kepada pemilik akaun itu.

“Ini real ke fake? Nak juga tahu macam mana u judge benda tu fake atau real from just seeing the gambar.

“Aku ni kalau orang cakap real, real lah walaupun kadang-kadang was-was. Kita bersangka baik, hehehe,” tulisnya.

“Ni Real Ke Fake?” – Hebat Soalan Michael Ang Pada Pemilik Akaun Instagram!

IKLAN

Wow! Michael memang terkenal dengan sifat tidak berselindungnya itu.

MH faham, mungkin dia turut terasa apabila pemilik akaun itu ‘menegur’ selebriti yang memakai barangan ‘tiruan’.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, kelihatan ramai yang memberikan sokongan terhadap kapsyen Michael itu.

IKLAN

“Ni Real Ke Fake?” – Hebat Soalan Michael Ang Pada Pemilik Akaun Instagram!

“Ni Real Ke Fake?” – Hebat Soalan Michael Ang Pada Pemilik Akaun Instagram!

IKLAN

Pada MH, mungkin sebagai ‘public figure’ tidak manis jika mereka memakai barangan tiruan tapi kadang-kadang orang tak perasan pun sama ada barangan itu original atau tak.

Apa-apapun, harapnya perkara itu tidak lah diperbesarkan, lagipun mungkin kadang-kadang mereka terlepas pandang perkara ini.

Foto: Instagran Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI