Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Sabhi agar terus mampu untuk membuat persembahan bersama ahli kumpulan ONE lainnya pada saingan minggu keenam Gegar Vaganza 6 (GV6) Ahad ini.
Malah, ada rakan selebriti yang turut kongsikan hal sama lalu mendapat reaksi Sabhi.
Ads
Terdahulu menerusi MH, bintang ada memaklumkan dirinya sudah pun mengalami rasa sakit beberapa sebelum saingan minggu lalu.
Ads
Bagaimanapun, dia kuatkan diri untuk terus membuat persembahan. Minggu ini, ONE akan membawakan lagu Gadis Dan Bunga di pentas GV6.
Tular di media sosial sejak Khamis apabila beberapa keping foto pelakon Intan Najuwa dan Zul Ariffin bergambar mesra mandi laut mencetuskan perhatian di kalangan peminat.
Sekali gus, mengundang tanggapan yang pelbagai di kalangan netizen apabila ia mulai diperkatakan ramai.
Pada masa sama, perkara itu turut menarik perhatian Pencetus Ummah Syed (PU Syed) untuk menulis surat secara terbuka, membuat teguran berhubung perkara itu.
“Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa.
“Tersebar gambar kalian berdua berpelukan seakan suami isteri di dalam air. Ambe tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.
“Sebaiknya kalian bernikah shj dan sudah pasti boleh melakukan apa shj yg halal namun tetap ada betasnya. Sebagai seorg Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yg Halal dan Haram, apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke Neraka dan inginkan masuk ke Syurga.
“Namun kita lakukan perkara yg sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke Neraka.
“Adakah terlalu murah Perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? Fikir-fikirkanlah,”tulis Syed menerusi posting di Instagramnya.
Dalam pada itu, Syed turut meyarankan agar pihak berwajib khususnya mengeluarkan garis panduan bahkan menggubal undang-undang khas.
“Ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang2 khas membendung artis2 yg menunjukkan gaya kehidupan yg negatif ini agar kembali kpd landasan yg sebenar.
“Takzir sgt baik ke atas mereka,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Osman Ali selaku pengarah drama tersebut menafikan bahawa gambar berkenaan bukanlah sebahagian daripada gimik bagi menaikkan ‘rating’ drama itu.
Malah, Osman menjelaskan bahawa aksi mereka tidak ada dalam babak drama itu.
Sebaliknya, hanya babak berlari berkejaran di tepi pantai.
Terdahulu, Zul sebelum ini ada memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan dan persiapan untuk ke arah itu sudah pun dilakukan.
Sementara Intan pula telah melangsungkan majlis pertunangan bersama usahawan yang dikenali sebagai Fazrul Anwar 18 Ogos lalu di Johor Bharu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Intan yang ke-22.
Drama gandingan mereka, Setelah Ku Dimiliki itu kini ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.
Foto: Instagram PU Syed/Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski dugaan yang dilaluinya berat apabila mengenang nasib anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, Ali Puteh tetap memberikan komitmen seterusnya beri saingan menerusi persembahannya di pentas Maharaja Lawak Mega 2019.
Meski tiada jaminan Ainul akan pulih sepenuhnya setakat ini, Ali tetap berharap ada perubahan positif dan tidak putus berdoa untuk anak keduanya itu.
“Walaupon berat..walaupon perit…hanya allah yg maha mengetahui isi hati walid pada kamu ainul mardhiah…adik terus kuat…!!!
“Doakan walid dpt hiburkan org di maharaja lawak mega malam ni…walid ssh hati fikirkan kamu…doakan walid malam ni syggg…tggu walid!!!,” tulisnya.
Sebagai dedikasi buat kemenangan pelakon Datin Diana Danielle di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) jumaat lalu, usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri telah memuat foto bersama aktres tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting terkininya itu, Aliff ada menitipkan ucapan tahniah kepada Diana atas kemenangannya di ASK2019.
“Apa yang suka gadis kat sebelah abang dia berlakon waktu zaman remaja dulu cuba kau komen bawah Tahniah @dianadanielleb menang anugerah Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin.
“You are deserved to get this Award!!! Semoga terus sukses dalam industri perfileman,” harap Aliff buat Diana.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.