Sejak semalam, foto-foto ‘meletop’ YouTuber popular, S. Pavithra yang tampil berbeza, tidak seperti lazimnya yang dilihat di YouTube sebelum ini mencetuskan sensasi di internet.
Youtuber berusia 28 tahun itu tampil dengan solekan menawan, stail berbeza lengkap mengenakan busana pereka fesyen terkenal khas dalam satu sesi fotografi yang dirakam @pinography.
Menerusi Instagram jurusolek Razzi Musa pula, dia ada berkongsi hasil sentuhannya pada wajah Pavithra selepas disolek bersama persalinan putih yang dipakai dari jenama Rizman Ruzaini.
Menerusi ruangan komen pada dua entri tersebut, peminat selain selebriti rata-ratanya memuji dan terpegun melihat hasil air tangan Razzi yang mencantikkan lagi wajah lembut Pavithra.
Ads
Sementara itu, penata gaya menerusi IGnya,@holyblackrapunzel yang bertindak sebagai ‘stylist’ Pavithra dalam sesi fotografi tersebut turut berkongsi foto berkaitan yang seterusnya mendapat reaksi positif ramai.
Dia pada masa sama di IG Stories menyifatkan Pavithra mampu memberikan ‘posing’ seperti gaya model.
Terdahulu, kisahnya bersama suami, M. Sugu mendapat perhatian di negara ini selepas video masakannya yang dimuat naik menerusi saluran Sugu Pavithra di YouTube tular sehingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Susulan peningkatan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Jeddah, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah berkurung di Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Makkah bermula hari ini sehingga 20 Jun.
Info penting itu turut dikongsikan di laman Instagram pengacara Iesya Toh.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi kisah perihal rumah tangga yang dibina bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Jelasnya, bahtera perkahwinan yang kini sudah pun mencecah usia 13 tahun itu secara langsung menjadikannya lebih matang dalam usaha untuk menjadi ketua keluarga yang baik berbanding sebelumnya.
Malah, usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia itu juga turut sama mendoakan kebahagiaan semua yang pernah hadir di dalam hidupnya.
“My bidariku @shahidadherbs. Berkahwin itu amat mudah. Tetapi untuk menjadikan perkhawinan bahgia ini kekal lama dan sempurna serta menjadikan untuk saling melengkapi itu bukan sesuatu perkara yang mudah.
“Lebih daripada 13 tahun, perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk membetulkan kelemahan masing-masing.
“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Abah yang terbaik dan usahawan yang terbaik. Adat berniaga ada jatuh dan bangun.
“Perkara ini mematangkan kita. Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagain yang hakiki iaitu bersama dengan family dan ibu bapa kita.
“Semoga semua rakan rakan perkenalan saya di facebook, instagram, bekas kakitangan saya, ejen dan juga stokis saya, anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik inyalah sy doakan.
“Semoga kita sama sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga. AMINN YA RAB,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu.
Serentak dengan itu, ruangan komen pada ebtri tersebut turut disusuli dengan doa serta harapan ramai agar hubungan perkahwinan pasangan usahawan ini kekal sampai bila-bila.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Pasangan ini turut menjaga seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian foto terkini daripada akaun anak kepada penyanyi, Stacy iaitu Eshaal Afiq Hakim mengundang perhatian apabila bintang tersebut memaklumkan si kecil itu mempunyai hidung sensitif.
Malah, ia mudah berdarah meski hanya dipicit atau pun ketika berada di kawasan terik matahari.
“Shian ishaii hidung mudah berdarah. Dady picit manja sikit hidung esok berdarah sensitif betul. Siap ambil gambar sendiri mau tengok muka berdarah hidung dia
“Main panas pun gitu juga. Camna mau ikut sukan ni shaii,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, ada peminat yang turut memberikan reaksi serta pengalaman anak masing-masing.
Malah ada juga yang berkongsi petua bagi mengekang masalah tersebut.
Unuk rekod, Stacy dan suaminya, Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan pasangan ini turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lapan tahun.
Foto: Instagram Stacy, Beyshal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.