Uncategorized

Netizen Puji Fazura Dan Izara Terlalu Cantik

Share

Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2017 (KLFW2017) sedang berlangsung dari 16 hingga 20 Ogos di Pavilion Bukit Bintang.

Selain VIP dan pereka fesyen, beberapa artis terkenal juga turut hadir antaranya pelakon jelita Izara Aishah dan Nur Fazura.

Penampilan mereka yang memakai busana berwarna emas dan merah hati itu mendapat perhatian ramai pihak.  Menerusi laman Instagram seorang jurugambar Fairus Sari yang memuat naik foto-foto mereka berdua sekitar majlis KLFW2017 berlangsung diberi pujian netizen.

Kedua pelakon jelita itu memakai baju hasil rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini yang kelihatan sangat menyerlah.

Sering tampil menggayakan busana menarik di majlis-majlis rasmi, netizen memuji cara mereka berfesyen yang kelihatan ringkas dan elegan.

Rata-rata peminat juga memuji kecantikan semula jadi mereka berdua.

Selain itu, Fazura turut berkongsi beberapa foto itu menerusi akaun Instagram miliknya dan dihujani ribuan komen daripada peminat di ruangan komen memuji pelakon yang hangat bersama Fattah Amin itu.

Turut mencuri perhatian lelaki di samping Izara yang merupakan tunangnya,Adib Khalid, anak kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang turut hadir.

Untuk info, KLFW2017 merupakan platform untuk pereka Malaysia untuk mempamerkan Koleksi Ready to Wear Collections dan menyerlahkan kekuatan dan kreativiti Industri Fesyen Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

 

 

IKLAN