Categories: Uncategorized

Netizen Pertikai Kenapa Syafiqah Aina Tak Mahu Dedah Maklumat Kilang, Mungkin Produk Rebranding?

Share

Nama Syafiqah Aina sering kali dihimpit kontroversi dalam apa jua yang dilakukannya. Terbaru, netizen sekali lagi mempertikaikan produk serum keluarannya.

Mengharapkan respon positif daripada orang ramai, lain pula yang jadi. Rata-rata mahu mengetahui di mana lokasi kilang produk berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

MH faham, kerana terlalu banyak produk kosmetik tempatan masa kini yang sering kali menjadi topik berita kerana ada bahan terlarang serta membahayakan kesihatan. Jadi tak salah sekiranya mereka ingin mengetahui perkara-perkara sebegitu kan.

Bagaimanapun, mungkin salah faham dengan netizen, MH perasan ada sedikit perbezaan pendapat antara Syafiqah dan beberapa netizen yang bertegas ingin tahu di mana letaknya lokasi kilang produk tersebut.

Namun begitu, yang menarik perhatian MH apabila hebat juga netizen kita apabila mereka sendiri dapat menyiasat dan membongkar ‘kes’ berkaitan produk Syafiqah ini.

Menerusi Portal Rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara, netizen mendapati bahawa produk berkenaan mungkin merupakan produk rebranding apabila muncul maklumat yang mencurigakan.

Setakat ini, pihak Syafiqah Aina tidak memberikan sebarang respon mengenai perkara ini.

sumber: IG Syafiqah Aina

IKLAN