Program terbaharu, Talk To My Manager (TTMM) mencuri tumpuan sebaik sahaja episod pertamanya ditayangkan pada 24 Ogos lalu di Astro Ria (saluran 104) pukul 9 malam.

Berkonsepkan legasi hiburan keluarga, penonton disajikan dengan ‘pertembungan’ pasangan anak-beranak yang memiliki empayar serta jenama tersendiri dalam industri seni tempatan.

Lebih menarik, TTMM bukan sekadar program hiburan tipikal, sebaliknya ia turut memberi ilmu melalui pendedahan bakat si anak yang menjadi ‘produk’, sementara ibu atau bapa pula berperanan sebagai pengurus.

Antara barisan peserta yang menyertai ialah pasangan ibu dan anak seperti Siti Saerah – Amad, Sharifah Shahirah – Audrra, Sharifah Zarina – Athalia, Liza Hanim – Marsya dan Ina Naim – Hadie.

Manakala untuk pasangan bapa-anak pula terdiri daripada Ameng – Ammar, Shuib – Thalita, Aziz M. Osman – Ara Aziz.

Selain barisan peserta bertanding, turut menjadi perhatian pada episod ialah kehadiran Datuk Alif Syukri dan anak lelakinya, Ammar Ahyan atau lebih dikenali sebagai Ammayan sejurus program.

Ads

Walaupun mereka bukan peserta, kehadiran mereka mengendalikan slot Post Mortem yang bersiaran selepas TTMM pada jam 11 malam mencetuskan kemeriahan.

Netizen Pakat Setuju Aliff Syukri & Ammayan Buat Segmen Post Mortem, Tak Sabar Tunggu Episod 2 ‘Talk To My Manager’ Netizen Pakat Setuju Aliff Syukri & Ammayan Buat Segmen Post Mortem, Tak Sabar Tunggu Episod 2 ‘Talk To My Manager’ Netizen Pakat Setuju Aliff Syukri & Ammayan Buat Segmen Post Mortem, Tak Sabar Tunggu Episod 2 ‘Talk To My Manager’

Gandingan Kecoh & Serius Jadi Tarikan

Perbezaan karakter dua beranak ini bagai ‘langit dengan bumi’. Alif dilihat beberapa kali tersasul sehingga suasana jadi huru-hara, manakala Ammayan kekal tenang serta serius membaca skrip ketika berinteraksi dengan peserta.

Gelagat mereka nyata mencuit hati warganet yang mengaku terhibur.

Ads

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, pemilihan Alif dan Ammayan sebagai hos Post Mortem TTMM sebagai langkah tepat kerana aura mereka yang unik.

“Kami fikir pemilihan Alif Syukri dan Ammayan sangat sesuai mengendalikan Post Mortem TTMM kerana aura dan sikap bersahaja mereka saat melakukan siaran langsung.

“Mereka berjaya berinteraksi dengan penonton meski mempunyai cara yang berbeza iaitu Alif kecoh dan Ammayan tetap kekok.

“Nilai kekeluargaan mereka yang akrab juga menjadi faktor produksi sepakat memilih Alif Syukri dan Ammayan sebagai hos Post Mortem TTMM,” ujarnya.

Ads

TTMM menggunakan format penjurian 100% daripada juri tetap pada minggu pertama. Undian untuk minggu kedua dan seterusnya kini dibuka di laman Astro Gempak.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi, bersama barisan juri terkenal iaitu Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.

Berlangsung selama tujuh minggu, konsert Talk To My Manager bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Penonton juga boleh menstrim program ini melalui aplikasi Astro GO dan sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads