Uncategorized

Netizen Label Trailer Filem XXRAY 3 Teruk, Ini Penjelasan Aziz M. Osman

Share

Pengarah terkenal, Aziz M. Osman menjelaskan video trailer filem terbarunya XXRAY 3 yang tular di media sosial hari ini hanyalah bersifat rujukan peribadi.

Kenyataan itu dibuat susulan ada netizen yang merasakan video trailer tersebut sebagai teruk dan tidak seperti apa yang diharapkan.

Bagaimanapun, kelemahan itu telah diakui oleh pengarah tersebut dan memberi tahu trailer sebenar akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Namun, tidak lama kemudian pengarah tersebut bertindak memadam video trailer berkenaan.

“Yup…true. It was meant for personal preview. But a friend uploaded it. So I might as well ‘layankan aje’. Official trailer coming soon In syaa Allah,” jelasnya.

Namun, ada juga segelintir pihak yang nyata tidak sabar untuk menyaksikan sambungan trilogi filem sains fiksyen yang pernah popular suatu ketika dahulu itu.

Kalau pengarahnya sudah berkata begitu, jadi, sama-samalah kita nantikan trailer sebenar yang katanya akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Foto: Aziz M. Osman

IKLAN