Ron Ely, bintang asal siri Tarzan era 60-an telah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Santa Barbara, California.
Pelakon tersebut menghembus nafasnya yang terakhir pada 29 September yang lalu menurut perkongsian oleh salah seorang anak perempuannya, Kirsten, dalam satu hantaran di Instagram.
Walau bagaimanapun dalam hantaran tersebut tidak dinyatakan sebab kematian mendiang.
Menerusi hantaran itu lagi, Kirsten berkongsi gambar bersama bapanya ketika hari perkahwinan dan kisah perilaku Ron yang menyentuh hati.
“Ayah saya adalah seseorang yang orang panggil hero. Dia merupakan seorang pelakon, penulis, jurulatih, mentor, mengutamakan keluarga dan pemimpin. Dia mencipta gelombang pengaruh positif yang kuat ke mana sahaja dia pergi.
“Impak yang diberikan kepada orang lain adalah sesuatu yang saya tidak pernah saksikan pada mana-mana orang lain. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib tentang dia. Beginilah dunia mengenalinya,” kongsinya
Walaupun hanya mencipta nama pada 1966 menerusi lakonannya sebagai Tarzan. Ron terlebih dahulu berkecimpung sebagai pelakon pembantu.
Biarpun sekadar pembantu, namun lakonannya yang berkesan dalam rancangan popular seperti Father Knows Best, How to Marry a Millionaire dan The Many Loves of Dobie Gillis mendapat perhatian.
Ron kali terakhir muncul di kaca televisyen pada tahun 2014 menerusi sebuah drama telemovie yang bertajuk Expecting Amish.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jarang muncul di kaca televisyen, pelakon Shahz Jaszle memaklumkan dirinya kini sibuk menjalani jadual penggambaran yang panjang bagi projek-projek drama.
Menurut Shahz atau nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, dia amat bersyukur kerana sehingga kini namanya masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit.
“Sebenarnya, saya tidak pernah berhenti mendapat tawaran sebagai hero atau pelakon utama. Mungkin ramai melihat saya tidak muncul di kaca tv agak lama tapi sebenarnya tidak.
“Biasanya, kalau drama berepisod yang panjang, kita akan jalani penggambaran tiga hingga lima bulan,” katanya kepada MH.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Senyawa, baru-baru ini.
Katanya lagi, selain menjaga disiplin kerja, dia juga amat menjaga penampilan terutamanya untuk bersaing dengan pelakon-pelakon baharu.
“Dari segi relavan, saya perlu bersaing dengan pelakon-pelakon muda ini. Saya sedar usia saya tapi tidaklah tua sangat.
“Untuk kekal relavan, saya akan pastikan kesihatan dan kecergasan saya ditahap terbaik demi memastikan saya masih punyai nilai dan penampilan yang pihak penerbit mahukan.
“Ia tidak mudah. Saya juga percaya kepada rezeki masing-masing. Saya juga selalu berdoa agar rezeki tidak putus dan nama masih relavan.
“Saya juga sangat menjaga nama baik dan pastikan rekod saya bersih. Saya juga akan jauhkan diri daripada sebarang kontroversi tidak baik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Shahz turut berpandangan kualiti lakonan juga memainkan peranan penting berbanding populariti seorang pelakon.
“Setelah hampir dua dekad dalam industri, kebanyakkan para penerbit atau pengarah memang sudah tahu kekuatan saya. Saya anggap itu sebagai rezeki.
“Mereka tahu kemampuan saya untuk bawakan watak-watak berat. Jadi, nama saya sentiasa ada dalam senarai.
“Kualiti lakonan juga memainkan peranan. Saya sentiasa percaya pada aspek itu. Dari segi populariti untuk orang muda, memang tak boleh dinafikan.
“Namun, para pelakon punyai nilai tersendiri. Tapi tiada masalah untuk pelakon lama bergandingan dengan pelakon baharu. Kita sama-sama boleh memberi,” akhirinya.
Terdahulu, Shahz bakal muncul menerusi drama terbaharu yang berjudul Senyawa.
Selain Shahz, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Trisha Ooi, Siti Hariesa, Aleza Shadan dan Datin Nina Jurin.
Senyawa bakal ditayangkan bermula 25 Oktober ini, pada Jumaat dan Sabtu jam 9 malam di platform penstriman Iqiyi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan beberapa kontroversi melibat dirinya.
Bella telah dikritik hebat netizen kerana didakwa menjadi punca penarikan diri penyanyi, Stacy daripada sebuah acara konsert.
Tidak terhenti setakat itu, Bella sekali lagi menjadi mangsa kecaman segelintir netizen
selepas video nyanyiannya tular di media.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil memberikan kata-kata semangat buat kakaknya itu untuk kembali bangkit.
Menurut Didi, Bella merupakan seorang wanita yang sanggup berkorban dan bekerja keras demi membesarkan anak-anak dengan baik.
“Sumber kekuatan Kak Long untuk selalu bertahan dengan perjuangannya. Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun.
“Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup Kak Long.
“Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ni,
Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia,” tulisnya.
Sementara itu, Didi juga mengakui bukan mudah buat Bella untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu tunggal.
“Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam Kak Long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian.
“Tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak Kak Long akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.
“Teruskan apa sahaja usahamu Kak Long untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan.
“Semoga segala urusanmu dipermudah. Semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buat mu. Semangat ya, Kak Long,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut sama memberikan kata-kata semangat buat Bella.
“Jika baca komen-komen netizen di Facebook, betapa jahatnya mereka. Hanya kerana satu isu, tak mampu nak tutup mulut longkang berkenaan. Bella, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
“Saya faham bila Didi kongsi hantaran sebegini. Mungkin ramai yang kecam fasal isu yang mereka pun tak tahu hujung pangkal. Terus kuat Bella. Kebahagiaan anak mengatasi kecaman-kecaman manusia yang tiada otak sekarang ini.
“Semoga terus kuat Bella. Pedulikan orang-orang yang membenci. Biar Allah sahaja yang mengadili. Ramai ikhlas dan sayangkan Bella daripada manusia bertopeng.
“Yang asyik kutuk-kutuk, tengoklah anak dia yang dua orang tu. Kalau tak suka, tak perlu cakap bukan-bukan. Korang tahu ke betapa payahnya Bella cari rezeki buat anak-anak,”- antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi , Bella dan bekas suami, Aliff Aziz telah sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Bella dan Aliff berpisah selepas lapan tahun hidup bersama. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah & Didi Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.