Ada sahaja yang tidak kena di mata segelintir peminat terhadap aktres jelita ini. Terbaru, netizen telah melabel Fasha sebagai artis yang sentiasa mencari publisiti murahan.

Nama Fasha Sandha bukan asing lagi dalam industri hiburan tanah air kerana bakat dan tidak kurang juga cerita panasnya. Jika dahulu pernah dikritik apabila memuatnaik video bergelek ,kini sekali lagi Fasha menarik perhatian peminat.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia telah memuatnaik gambar mencium adik lelakinya. Namun, apa yang kurang enak pada gambar tersebut diambil dikatakan seperti di dalam kelab malam.Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen,

Netizen Label Fasha Sandha Kaki Club?

IKLAN

“Happy 1st Anniversary Vibes ! My one and only brother.Cium adik sendiri tau… kalau kena kecam juga taktau lah.. ?hari tu dia dukung saya pun, ramai tak puas hati.. ?Buka minda sikit boleh?”

Walaupun aktres jelita itu sudah berpesan supaya peminatnya membuka minda dan itu merupakan saudara yang mahram baginya, tetapi para pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pendapat mereka.

Namun, bukan sahaja mencium adiknya menjadi bualan, tetapi persekitaran gambar tersebut turut mencetuskan kontroversi panas.

Ruangan komen gambar itu dibanjiri dengan kecaman netizen yang rata-rata melabel Fasha sebagai kaki club dan artis yang suka dikecam.

IKLAN

Netizen Label Fasha Sandha Kaki Club?

Ramai netizen juga mengatakan kapsyen Fasha bertujuan untuk dikecam malah ada netizen yang berkata tidak perlu memuat naik gambar yang tidak sedap dipandang dan merosakkan agama sendiri.

IKLAN

Meskipun dikritik hebat, ada juga sesetengah netizen yang memberi komen positif dengan mengatakan Fasha seorang kakak yang sangat penyayang dengan adiknya dan menganggap peminat yang menghentam Fasha suka mencari salah,ada sahaja perkara yang dibangkitkan.

Netizen Label Fasha Sandha Kaki Club?

MH Online berharap agar Fasha sabar dengan tohmahan dan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI