Uncategorized

Netizen Kritik Amira Khan Buat Fake Freckles, Dah Kenapa?

Share

Mungkin di luar negara ‘freckle’ atau bintik-bintik hitam yang terdapat di bahagian muka sudah sinonim dengan kulit mereka kerana faktor cuaca dan pemakanan.

Namun, lain pula ceritanya dengan adik Neelofa, Amira Khan atau mesra dengan panggilan Little Miss Khan.

Baru-baru ini, dia telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instangram apabila memuat naik foto dirinya disolek dengan efek fake freckle.

Lalu, ada netizen kurang bersetuju dengan tindakan gadis berusia 18 tahun itu. Kata mereka, ia seperti mengikut budaya barat dan bagaikan ‘mencoteng’ mukanya sendiri.

Bagi MH, itu adalah antara idea solekan. Bukan sahaja Amira, malah ada juga selebriti lain pernah gunakan efek sama. Terpulang kepada individu untuk memberi pendapat, tak gitu?

IKLAN