Uncategorized

Netizen ‘Geli’ Bila Coach Yin Bagi ‘Pickup Line’ Pada Sajat?

Share

Adat orang bercinta tentulah ‘dalam hati ada taman’ kan?

Mungkin itulah yang dirasakan Coach Yin, pengasas kosmetik, Nur Sajat.

Baru-baru ini, Coach Yin ada memuat naik foto Sajat sedang bersandar di bahunya beserta kapsyen.

“Semanis-manis kuih di tangan awak, manis lagi senyuman awak di mata saya,”tulisnya.

Oh my! Bersemutnya ‘pick-up line’ Coach Yin tu! Terserlah kebahagian mereka.

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, MH dapati bahawa ramai yang meninggalkan komen ‘geli’ dengan ayat bunga-bunga Coach Yin.

Alahai, MH terfikir juga apalah salahnya kalau Coach Yin nak tunjuk ‘sweet’ pada kekasihnya? Takkan lah itu pun dapat kecaman?

Apa-apapun, yang penting mereka bahagia. Sebelum ini, Sajat juga menghadiahkan sebuah motosikal kepada kekasihnya itu sempena hari lahir Coach Yin, baru-baru ini.

Foto: Instagram Coach Yin

IKLAN