Uncategorized

Netizen Banding-Bandingkan Fattah Amin dan Fendy Bakry, Mana Lebih ‘Wow’?

Share

Drama bersiri Mr. grey semakin mendapat perhatian orang ramai apatah lagi watak heronya sering muncul dengan ‘pick-up line’ yang menarik.

Selain itu, menerusi wataknya itu juga membuatkan orang ramai semakin mengenali pemilik nama Fendi Bakry ini.

Semalam, Fendi ada berkongsi petikan berita mengenai dirinya di laman Instagram miliknya,namun apa yang menarik perhatian MH adalah komen para peminatnya.

“Lakonan yang mantap Mr.Grey dan Nisa. Suka sangat! Lagi satu yang Fendi berlakon ‘Teksi Love’ dengan Mira Filzah, memang pandai berlakon tak macam Fattah Amin,” tulis individu tersebut.

Oh my! kenapa pula nama Fattah Amin dikaitkan ni? Angin tak ada, ribut pun tiada tiba-tiba nama Fattah terbabit sekali. Kesiah Bang Fattah!

Dalam pada itu, MH lihat memang ramai yang memuji lakonan Fendi yang memang menjadi dengan karakter Mr.Grey itu.

Sementara itu, semalam media melaporkan bahawa pelakon tersebut mengalami sakit secara tiba-tiba. Perkara tersebut disahkan oleh pihak pengurusan Fendi.

Berikutan itu, peminat juga turut mendoakan kesihatan pelakon tersebut pulih.

Sebenarnya, MH pun terjebak jugalah menonton drama Mr.Grey ini dan turut menyokong apa yang dikatakan peminat. Lakonan Fendi memang menjadi.

Apa-apapun, MH juga nak ucapkan agar kesihatan Fendi akan beransur sihat.

IKLAN