Categories: Uncategorized

Nenek Aiman Tino, Haziq Putera Band, Meninggal dunia

Share

(TAKZIAH) Nenek Aiman Tino, Haziq Putera Band Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Salam takziah MH Online ucapkan kepada Aiman Tino dan Haziq Putera Band yang telah kehilangan neneknya, Saliah Hussin pagi tadi.

Dimaklumkan oleh Linda Eva yang merupakan ibu Haziq dan ibu saudara kepada Aiman Tino, ibunya itu telah meninggal dunia akibat penyakit kanser hati yang dialami sejak setahun yang lalu.

“Mak dapat tahu ada penyakit kanser hati bulan Julai tahun lalu selepas buat pemeriksaan MRI di Hospital Selayang. Tahu sahaja dah tahap 4.

“Mak meninggal dalam usia 66 tahun,” ujar Linda. Allahyarham Saliah Hussin telah selamat dikebumikan di kampungnya Kuala Kubu.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com

atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]

 

IKLAN