Nelydia Akui Cincin Di Instagram Pemberian Kekasih, Belum Rancang Tunang

Nelydia Senrose tidak menafikan cincin yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini merupakan pemberian istimewa daripada kekasihnya, Hafiz.

#MHSpeku: Kongsi Gambar Cincin di Twitter, Nelydia Senrose Nak Kahwin Dah Ke?

Bagaimanapun, pelakon drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu ini menafikan cincin tersebut sebagai signal dia sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka berkenaan.

“Kalau ditanya mengenai cincin itu, ya ia merupakan pemberian seseorang. Tapi saya belum dirisik atau bertunang lagilah.

“Apa yang boleh saya kongsi, kami masih dalam fasa berkenalan, masih baru tapi sudah tentunya saya dan dia mengharapkan pengakhiran yang baik,”katanya kepada MH.

IKLAN

Adik kepada Uqasha Senrose ini ditemui di majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, Shah Alam, pada Khamis.

Nelydia sebelum ini ada memuat naik foto cincin dan memuat naik kapsyen mengambarkan kini sedang melalui fasa bahagia yang sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.

Ditanya bagaimana mereka berkenalan, Nelydia berkata, dia mengenali Hafiz menerusi seorang rakan.

IKLAN

“Kami berkenalan belum sampai setahun. Kenal daripada kawan-kawan juga tapi bukan Jejai yang kenalkan.

“Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini,” ujarnya yang turut memberitahu, Hafiz merupakan seorang ahli perniagaan dan berasal dari Pantai Timur.

Menyifatkan dirinya sedang melalui fasa bahagia, Nelydia secara profesional juga akan memberitahu semua orang andai selepas ini, dia akan melangkah ke satu fasa serius selepas ini.