Perkongsian video pendek yang dikongsikan usahawan, Neelofa nyata mencuri perhatian ramai.
Siap bersolek, mengenakan baju sedondon lengkap dengan aksesori tas tangan sambil mengenakan kasut mewah, penataan gaya figura ini meski hanya untuk buang sampah nyata buat ramai terhibur.
Hakikatnya, apa yang ingin dikongsikan Neelofa ialah promosi koleksi Naelofar dan Naelofaraya 2020, yang dilancarkan hari ini.
Ads
“Taking out the trash these days made fabulous with a new collection dropping tomorrow, 17th April! @naelofar#naelofaraya2020 #quarantinelife,” tulis Neelofa pada ruangan kapsyen pada video yang dimuat naik.
Menerusi entri terkini IG TV di akaun Instagram milik pengacara Iesya Toh, ibu kepada dua cahaya mata ini ada berkongsi pendapat mengenai golongan tertentu yang seolah-olah ingkar ikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Menerusi satu video, Iesya turut meluahkan kesal dan sedih dengan sikap segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dan amil mudah terhadap hal berkenaan.
“Hari ini saya nak tunjuk daripada rumah nak pergi ke tempat untuk beli barang dapur sangat dekat okey, sebab apa saya nak buat video ini saya peliklah tengok artis, personaliti tidak kiralah Instafamous sekali pun yang sibuk tunjuk dekat Instagram masing-masing, media sosial keluar dengan anak-anak jumpa keluarga yang lebih daripada 10KM dalam keadaan sekarang.
“Dalam tempoh PKP fasa ketiga ini sangat kritikal untuk negara kita. Bukannya main-main! Tolonglah tunjuk macam itu untuk apa? Untuk provokasi orang untuk keluar? Semua orang pun rindu keluarga.
“Kalau anda tunjuk macam tu untuk apa? Niat apa? Niat nak tunjuk yang anda boleh buat sebab orang lain tak boleh buat, macam tu ke?,” luahnya.
Eisya pada masa sama turut mendedahkan dia mampu untuk berbuat hal sama, bagaimanapun dia lebih rela patuhi arahan demi kebaikan bersama.
“Saya boleh guna saya punya kabel untuk saya keluar untuk saya jumpa mak saya di Rawang, kenapa saya tak buat?
“Sebab saya risau kalau saya buat orang lain pun rasa juga. Kenapalah semua artis macam ni eh? Buat malu Ya Allah Ya Rabbi Ya Rasul.,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iesya berkata penularan wabak Covid-19 ini harus diambil sebagai satu masalah yang serius dan sarankan semua untuk mematuhi arahan.
Ini kerana, tiada siapa yang boleh ‘terlepas’ dari pandemik berbahaya itu.
“Semua orang tengah terkesan tengah beremosi jadi tolong tak ada sebab untuk kita langgar PKP. Anda siapa? Sekarang ni orang kaya mana pun tak boleh keluar.
“Orang yang kaya gila pun tak boleh terlindung dengan Covid-19. Menteri pun tak boleh ketepikan, hello saya menteri Covid-19 sila pergi, tidak!
“Tiada perkara sebegitu dalam dunia ini. Semua orang terkesan dengan Covid-19, yang nak tunjuk sangat keluar dengan anak-anak tu kenapa? Bila netizen komen anda kecam. Apa benda ni?
“Tengok saya punya rumah tadi dengan sini dah sampai dah pun. Tak ada perlulah nak keluar tanpa sebab, tak perlu! Siapa yang tak risau bertambah pula dengan keadaan Umi saya yang tak sihat?
“Tapi saya tak guna kabel saya untuk saya jumpa mak saya dan saya benci tengok orang-orang taka da tanggungjawab yang pentingkan diri sendiri. Sangat memalukan!,” luah Iesya panjang lebar menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Usahawan, Mawar Abdul Karim baru-baru ini telah diundang menjadi tetamu istimewa di stesen radio Kool FM.
Antara lain, bekas isteri pelakon Fizo Omar ini ada berkongsi krisis perniagaan yang dihadapi setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19.
Akui Mawar, situasi bisnesnya agak merudum melibatkan hampir separuh secara totalnya.
“Setakat ini Alhamdulillah dan sudah semestinya peniaga seperti kami ni agak terjejaslah, 50 ke 60 peratus pasti terjejas sebab kami dalam bidang fesyen.
“Jadi sekarang ni orang tidak tumpu dalam bidang fesyen, orang lebih tumpukan pada makanan dan barang keperluan sebab kalau tidak ada kepentingan orang tidak membeli,” terangnya.
Di samping itu, pengasas jenama tudung Fareeda ini juga berkata, kehadiran bulan ramadan dan syawal pada tahun ini bakal disambut dengan bersederhana.
“Cuma kita buat tempahan awal untuk bulan puasa nanti kebetulan nasib baik nanti akan ada bulan puasa dan raya.
“Sambutan raya tahun ini sudah semestinya semua orang ala kadar sahaja, semua orang akan buat syarat sahaja,” kongsinya lagi.
Pelakon, Puteri Aishah kini menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB), sejak beberapa hari lalu selepas disahkan positif COVID-19.
Pelakon berkenaan disahkan positif COVID-19 pada Selasa lalu, sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Sepanjang menjalani rawatan, bintang filem Pulang itu turut merakamkan rasa kagum apabila Melihat keadaan petugas barisan hadapan mengendalikan pandemik berbahaya itu, petik Berita Harian.
“Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan. Mereka bersungguh membendung penularan virus ini. Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, apatah lagi mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama.
“Bukan itu sahaja, mereka juga mempertaruhkan nyawa dengan tugas berbahaya itu. Saya melihat mereka di depan mata, rasa insaf dalam diri. Jadi, patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa kerajaan.
“Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini,” katanya.
Mengambil contoh pengalamannya, finalis Pencarian Dewi Remaja 2015 ini turut menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak takut menjalani ujian saringan COVID-19 jika pernah mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti.
“Saya tahu ramai takut menjalani ujian saringan kerana bimbang tak mampu terima kenyataan sekiranya disahkan positif. Lebih baik, kita melakukan pemeriksaan awal daripada menyesal pada kemudian hari.
“Jangan mementingkan diri. Fikirkan juga keselamatan orang sekeliling,” pesannya.
Berkongsi mengenai keadaan terkininya, Puteri Aishah menjelaskan, dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, tetapi tidak begitu serius.
“Saya dibawa ke HSB untuk dirawat sejak Rabu lalu. Ambulans mengambil saya di rumah. Selepas urusan pendaftaran selesai, saya dibawa ke sebuah bilik yang di dalamnya ada empat katil.
“Bagaimanapun, kami dipisahkan menerusi tirai yang sentiasa ditutup. Keadaan saya sekarang stabil. Saya tak demam, batuk, sesak nafas atau mengalami sebarang gejala lain.
“Cuma, doktor memberitahu saya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya yang turut sudah menjalani pemeriksaan jantung.
Jika dilihat dari segi fizikal, saya nampak okay sahaja,” akhiri Puteri Aishah.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...