Uncategorized

Neelofa, Duta Pertama Berhijab Lancome

Share

Tahniah buat pelakon dan pengacara cantik, Neelofa yang semakin hari semakin melebar sayapnya. Buat pertama kali, Neelofa menjadi duta bagi jenama antarabangsa, Lancome.

Apa yang lebih menarik ialah, Neelofa merupakan rakyat malaysia yang pertama dilantik menjadi duta. Malah, Neelofa  juga merupakan wanita hijab pertama yang diangkat menjadi duta Lancome.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Neelofa, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar dan video menunjukkan dia sedang melakukan pengambaraan bersama jenama terkenal itu.

Dalam pada itu, dia juga berkata ini pengalaman yang cukup menakjubkan dan tidak pernah termimpi untuk menjadi duta Lancome.

Menurut gadis kelahiran Kelantan itu lagi, dia amat terharu dan bersyukur dengan pelantikan itu lebih-lebih lagi dia peminat jenama antarabangsa itu.

Selain itu, Neelofa juga turut menjadi jenama antarabangsa Swarovski dan  pernah dipilih sebagai jurucakap jenama itu untuk produk La Nuit Tresor pada 2015.

Dikhabarkan Neelofa bakal bertolak ke Paris, Perancis untuk memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai duta.

Ruangan komen di instagram Neelofa juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 5 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat pengasas tudung Naelofar Hijab itu.

Wow, bukan calang-calang orang Neelofa sekarang ni. MH Online turut berbangga dengan kejayaan Neelofa. Tidak hairan suatu hari nanti wajah Neelofa bakal memenuhi jenama antarabangsa yang lain.

IKLAN