Uncategorized

Neelofa Beri Tip Suka Lelaki Jenis Macam Mana, Cuba Tengok Mungkin Ada Pada Anda

Share

Nama Neelofa tak perlu MH perkenalkan lagi. Ramai yang sudah tahu bekas peserta Dewi Remaja ini sudah jauh terbang tinggi bukan sahaja dalam industri hiburan, malah dalam bidang perniagaan.

Selain itu, Neelofa turut mendapat kepercayaan jenama antarabangsa sebagai duta dan baru-baru ini dilantik pula menjadi pengarah bebas bukan eksekutif syarikat penerbangan AirAsia. Hebat betul bukan?

Bagaimanapun, memetik dari temubual dari video yang dimuat naik portal Berita Harian, Neelofa berkata dia juga hairan kenapa sehingga kini lelaki takut untuk mendekatinya.

“Saya pun tak faham kenapa nak takut? Sometimes saya rasa, of course Lofa pun ada perasaan sama dengan orang-orang tertentu.”

Kata Lofa lagi, bagi dia jika seseorang itu yakin dan menjadi diri sendiri maka perkara itu sudah cukup bagus untuk menjadi modal mendekati sesiapa sahaja.

“Tapi as long you kena yakin dengan diri sendiri dan juga tahu menjadi diri sendiri. Saya rasa ianya bagus untuk mendekati sesiapa sahaja.” Ujarnya

Sementara itu, Neelofa sempat berkongsi rahsia dengan memberitahu dia merupakan seorang wanita yang mudah tertarik akan bau-bauan dan haruman yang enak untuk dihidu.

Malah, si cantik itu juga akui dia agak mudah untuk mengenali dan mengecam seseorang hanya melalui bau.Tak sangka rupa-rupanya Lofa juga suka lelaki wangi.

Haa! Kalau korang ada simpan hasrat nak dekat dengan Neelofa, MH nak pesan ni, kenalah wangi-wangi okay.

Siapa tahu kan Neelofa pun terpikat dengan bau-bauan korang tu.Kan dah jodoh. Apapun MH doakan Neelofa mendapat jodoh dan berkekalan sehingga ke syurga.

Sumber : Berita Harian Online

IKLAN