Uncategorized

Nedim Bawa Nora Danish, Anak- Anak Bercuti Di Switzerland

Share

Switzerland merupakan antara negara paling cantik dan paling mahal di Eropah untuk melancong. Daripada indahnya alam sehingga cantiknya bangunan-bangunan bak kerajaan-kerajaan di buku-buku cerita.

Terbaru, Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri bersama dua orang anaknya Putera Rayqal dan Nedrin Nazri memilih destinasi itu sebagai lokasi percutian mereka.

Nampaknya mereka sekeluarga seronok dengan menikmati keindahan pergunungan salji yang begitu indah bersama.

Pelakon kecil molek itu juga berkongsi kegembiraan mereka bersama peminat dengan memuatnaik beberapa foto sedang menikmati percutian bersama anak-anak mereka.

Kelihatan Rayqal, 8, dan Nedrin, 6, juga teruja dengan percutian mereka sebagai sebuah keluarga selepas Nora dan Nedim bernikah pada 20 Mac lalu.

Foto-foto percutiannya terus mendapat ribuan likes dan komen daripada pengikutnya.

Ruangan komen di instagram Nora dihujani pelbagai reaksi yang turut gembira buat pelakon itu dengan kebahgiaan mereka sekeluarga daripada sebahagian kira-kira 4.8 juta pengikutnya di laman sosial.

Selain itu, mereka turut memuji ketampanan Rayqal yang kini semakin menginjak dewasa.

Ada juga yang meluahkan rasa cemburu kerana cuaca di negara Eropah itu yang lebih sejuk berbanding di Malaysia.

Saksikan foto menarik mereka seronok main salji!

IKLAN