A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Ads
Apa yang lucunnya, ruangan komen pada video tersebut telah dibalas oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV.
“Naper tertengok posting ni yer.?Tiberrr….pastu rasa mmmm…DSV kalau??”tulisnya.
Ads
Lantas, kata-kata yang ditulis oleh DSV atau nama sebenar Hasmiza Othman telah menjadi perhatian netizen kerana berasa kelakar dan terhibur setelah membaca komen tersebut.
Ads
Alahai, macam-macam gelagat DSV yang menghiburkan netizen. Kalau dah jodoh, tak kemana-mana. Mana tahu jodoh Remy Ishak mungkin bersama dengan DSV?
Video : Instagram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila penerbit drama popular, Datuk A.Aida mengetengahkan isu mengenai siapa yang berminat jadi pelakon perlu berwajah cantik dan kacak bagi bawa watak utama.
Secara tidak langsung, kenyataan tersebut telah mendapat reaksi dari rakan artis sendiri.
Bagai kebetulan, pelawak Achey ada memuat naik gambar throwback di akaun Instagramnya yang mengenakan kaca mata hitam dan rambut disikat rapi.
“Nak jadi hero… ermm tak layak kot sbb saya dari #bintangmencaribintang … #sedardirisedarruang ,” tulis Achey.
Foto tersebut dimuat naik Achey awal hari ini itu turut menerima komen pelbagai dari netizen.
Untuk rekod, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah merupakan juara program realiti, Bintang Mencari Bintang musim pertama (2013) yang telah menewaskan Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Momen indah di alam rumah tangga adalah saat menimang cahaya mata.
Begitulah perasaan yang dialami oleh pasangan selebriti Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang telah selamat menimang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael Rabu lalu.
Mawar juga ada berkongsi sepotong video yang melihatkan Raf menyanyikan sebuah lagu dengan penuh penghayatan dan syahdu buat bayi comel yang dilahirkan seberat 3.4 kg.
“Lagu dodoi dari papa buat @radenrafaelraf buat kali pertama ketika Rafael lahir. Rafael pun tengok je muka papa dia. I really love this precious moment. Dengar suara papa pun rasa bahagia sangat dah. Mummy nak blajar lagi2 dodoi ni untuk baby kita lah.. @rafyaakob, ” tulis Mawar.
Lalu, netizen tersentuh dengan nyanyian pertama Raf buat bayi lelakinya itu.
Menjengah di Instagram Raf pula, dia turut berkongsi video yang memaparkan gelagat anaknya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang teruja dengan kehadiran adik baru mereka.
“My kids @radenrayyanraf@raysaachanelaraf seeing mummy @mawarashid for the first time after she gave birth. So concern and caring dierang ni kat mummy ? Today mummy and baby dah bole balik rumah. I’ll share their reactions bila jumpa dengan adik dierang @radenrafaelraf nanti,” tulis raf atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Itulah pepatah yang sesuai digambarkan buat anak usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah.
Video yang dimuat naik Aliff memaparkan cara dia mendidik Qadejah atau nama penuhnya Nur Shahida Qadejah El-Zahra untuk membersihkan sinki selepas didapati bermain permainan jenis liat yang dikenali sebagai slime.
“Anak korang suka main ni gak kee?? kotor satu rumah main benda hantu ni..hargai kerja pembantu rumah nak siapkan ces nak kesokolah… .
“Maafkan abah ya cess @qadejah_terlajaklaris abah nak ces jadi wanita sempurna …pandai basuh baju, pandai kemas rumah, abah harap sebab nak anak2 abah membesar mcm anak orang lain…x nak khayal dgn kesenangan yg abah beri..
“Apa yg abah lalui dulu abah praktikkan bila besar boleh buat mcm2 benda sblum abah sampai ketahap ni..
“Sebenarnya saya x nak anak saya terlalu selesa hidup bergantung dgn maid semua senang bangun pagi siap sedia…saya ajar mereka berkebun,buat kerja mcm2 sebagai asas hidup…benda2 mcm ni x boleh dapat dari buku dan tgk tv…ni asas hidup..
“Sementara ada rezeki saya senang mereka tumpang senang,esok2 Allah uji dgn dugaan kewanhan sekurannya mereka tahu buat benda lain utk meneruskan kelangsungan hidup,” tulis Aliff.
Pendakwah bebas, PU Riz tampil berkongsi pandangannya mengenai isu menegur adik ipar, khususnya dalam hal berkaitan kewajipan agama seperti menutup aurat.