Uncategorized

“Nanti Share Location Rumah Tu Saya Nak Kenal,” – Ada Yang Cuba Pikat Mira Filzah, Zizan Razak ‘Sound’ Siapa?

Share

Desas-desus mengenai hubungan pelawak serba boleh, Zizan Razak bersama pelakon Mira Filzah semakin hangat diperkatakan.

Terbaru, Zizan dilihat seakan-akan cemburu selepas ada individu cuba untuk memikat Miza Filzah di laman Twitter.

Kisah bermula semasa Mira bertanyakan kepada pengikutnya di Twitter tentang kawasan rehat dan rawat (R&R) yang menarik patut disinggah sepanjang perjalanannya ke Alor Star.

Kemudian, seorang pengikutnya di Twitter mencadangkan Mira untuk tidak perlu pergi ke mana-mana kawasan R&R sebaliknya, singgahlah di rumah ibunya untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Sejurus melihat Tweet tersebut, ini respon Zizan kepada individu berkenaan.

“Nanti share location rumah PU tu saya nak kenal,” tulisnya.

Rata-rata pengguna Twitter amat terhibur melihat situasi tersebut dan menganggap Zizan seperti kuat cemburu.

Amboi, kuat cemburu ye Zizan! Jika benar mereka ini bercinta, MH harap cepat-cepatlah Zizan hantar rombongan meminang supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Foto: Twitter

IKLAN