Bakal menjayakan Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun pada Jun ini, vokalisnya, Amir meluahkan kebimbangan daripada segi penjualan tiket kerana perlu bersaing dengan konsert rakan artis lain yang turut diadakan pada bulan sama.
Menurut Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 53, dia berasa tertekan kerana memikirkan hal tersebut namun ia perlu diteruskan demi peminat.
“Sebenarnya agak terganggu juga dengan keadaan apabila pada bulan Jun ini, ada banyak konsert lain berlangsung. Walhal kalau diikutkan, kami sebenarnya yang terlebih dahulu mendapat tarikh di Istana Budaya.
“Penjualan tiket saya tak boleh nak kata memberangsangkan, tetapi masih berjalan. Setiap hari, ada peminat yang beli dan bertanya.
“Kita memang tak boleh nak halang dengan apa yang berlaku. Tetapi saya akui, timbul kerisauan tentang cara nak tarik audiens.
Ads
“Saya akui harga tiket bukannya murah tetapi tengoklah di mana konsert ini berlangsung, bukannya tempat biasa. Jadi sekarang, terpaksa bersaing pada tarikh yang sama,” katanya.
Pada Jun depan, sebanyak enam buah konsert termasuk U.K’s akan berlangsung di ibu kota iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain, dua buah kumpulan Search, Aina Abdul dan Datuk Hattan.
Sehubungan ‘pertembungan’ tersebut, Amir menyarankan agar diwujudkan jawatankuasa yang mengawasi penganjuran konsert artis tempatan agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
“Memang patut ada jawatankuasa yang kena atur jadual persembahan konsert kalau perkara sebegini masih berlaku pada masa depan.
Ads
“Nanti kami pun tak boleh cari makan. Sudahlah tarikh bertindih, harga tiket pun boleh tahan. Kalau saya sebagai peminat pun pening juga nak pergi tengok mana satu. Jadi dari situ dah jejaskan penjualan tiket. Kita kalau buat sesuatu, mestilah kena ada untung. Bisnes tetap bisnes,” katanya.
U.K’s yang popular dengan lagu Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu akan menghiburkan peminat setia mereka menerusi penganjuran Konsert U.K’S Reunion 25 Tahun di Istana Budaya pada 17 dan 18 Jun ini.
Ads
Kumpulan lagenda itu akan membariskan ahli-ahli asal kumpulan mereka iaitu Rozdenil Toni (Denil) selaku pemain gitar, Mohd. Saleh Mohd. Alias (Olley), pemain bass dan dram, Amiruddin Sharif (Amirul).
Pada malam konsert, U.K’s akan menyampaikan sebanyak 25 buah lagu hit mereka sepanjang dua jam persembahan berlangsung.
Tiket konsert yang dianjurkan oleh Mac Training Centre Sdn. Bhd. bersama RCD Concepts Sdn. Bhd. tersebut dijual pada harga bermula RM111 hingga RM999 dan boleh didapati menerusi laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri tampil memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu, pada sambutan Syawal yang kedua.
Perkongsian tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram masing-masing.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan lebaran bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy, Ibu & Khawla.
“Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber,” tulis penyanyi Aku Cinta pada ruangan kapsyen.
Gara-gara beberapa kali mengalami kemalangan, pelakon Raja Atiq pernah diminta bapa untuk menjual motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 miliknya.
Menurut Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, kali terakhir dia kemalangan adalah pada Mac lalu ketika mengikuti konvoi bersama rakan artis seperti Tajul dan Afieq Shazwan di Bukit Fraser, Pahang.
“Selepas kemalangan baru-baru ini, saya masih berfikir sama ada untuk membaiki atau jual motor. Orang kata, jangan gunakan lagi kerana badi bimbang akan kemalangan sekali lagi.
“Abi (ayah) kata sudah dua kali kemalangan dengan motor yang sama, lebih baik dijual sahaja.Lagipun saya baru berusia 22 tahun, bagi Abi, saya masih terlalu muda untuk bawa motosikal berkuasa tinggi.
“Sebenarnya, sudah banyak kali saya kemalangan motosikal dan cuma sekali ketika menaiki kereta.
“Memang saya masih fobia walaupun sudah dua bulan kemalangan, sakit pada bahagian bahu masih lagi terasa,” katanya kepada MH.
Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur itu turut menambah, bapanya juga berpesan agar sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya kerana wajah dan rupa paras merupakan aset dirinya sebagai seorang pelakon.
“Saya tidak serik untuk menunggang motosikal kerana memang minat.Cuma kini, saya lebih berhati-hati.
“Abi pun ada pesan, wajah dan badan saya adalah aset untuk karier seni, jika cedera atau ada parut, secara tidak langsung akan menjejaskan sumber rezeki saya.
“Saya pula memang tak pandai nak buat kerja lain selain daripada berlakon,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Raja Atiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...