Ads

“Namun Kita Tidak Tahu Ketentuan Allah Pada Masa Depan,” – Fazura Kini Bersara Berlakon Drama TV

Aktres popular yang juga usahawan, Nur Fazura secara rasmi mengumumkan pengundurannya daripada bidang lakonan, khususnya membabitkan projek drama dalam mana-mana saluran televisyen (TV) tempatan.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk mahu memberi perhatian penuh kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, jadi saya bercakap dengan ‘beralas’. Buat masa ini, secara rasminya saya bersara daripada berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia.

“Dari segi filem pula, saya masih terbuka bergantung kepada projek. Fokus saya kini lebih kepada filem, sama ada di Malaysia dan Indonesia.

“Tetapi untuk drama, memang secara rasmi saya bersara daripada semua lakonan drama di stesen TV tempatan,” katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall, di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu, Fazura diumum sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel.

“Namun Kita Tidak Tahu Ketentuan Allah Pada Masa Depan,” – Fazura Kini Bersara Berlakon Drama TV

“Namun Kita Tidak Tahu Ketentuan Allah Pada Masa Depan,” – Fazura Kini Bersara Berlakon Drama TV

@mediahiburanofficial Yes! ♥️ Yang paling mega sudah diperkenalkan. Penampilan sedondon Fazura & Fatima di Jakel Fenomena Raya 2026, malam tadi. Sukanya tengok! 😍 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Ads

Demi Anak, Kekangan Masa

Fazura yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan turut menambah, keputusan untuk tidak lagi terbabit dengan drama TV juga dibuat hasil daripada pertimbangan terhadap kelapangan masanya ketika ini.

“Sejujurnya, saya sudah tidak mempunyai masa untuk terbabit dengan drama yang memerlukan komitmen penggambaran panjang.

“Fatima sangat rapat dengan saya dan dia juga mengalami ‘separation anxiety’ (kebimbangan akibat perpisahan). Dia tak boleh berjauhan dengan saya terlalu lama.

“Kalau saya keluar bekerja dalam tempoh yang panjang, dia akan cari saya. Kalau tidur pun dia tunggu saya balik,” katanya.

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini bagaimanapun berkata, terdapat beberapa faktor lain juga yang mempengaruhi keputusannya itu.

Ads

“Kekangan masa ini antara faktor saya ambil keputusan ini. Sudah tentu ada juga beberapa perkara lain yang mendorong saya membuat keputusan untuk berhenti berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia,” katanya lagi.

Pada masa sama, Fazura menegaskan, langkah diambil juga bertujuan menyeimbangkan karier dan tanggungjawab sebagai ibu, namun, tetap menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

“Ia adalah satu keputusan besar, namun saya tekad. Sekali lagi saya bercakap dengan ‘beralas’.

“Hari ini (semalam), secara rasminya saya mengumumkan bersara daripada drama televisyen. Namun kita tidak tahu ketentuan Allah pada masa hadapan,” katanya.

Fokus Filem, Muzik & Perjalanan Seni Lain

Sementara itu, Fazura masih terbuka untuk terus berkarya dalam bidang muzik di bawah syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

Ads

“Untuk bidang muzik pula, masih ada beberapa perancangan, termasuk daripada Universal Music Malaysia. Saya juga masih berminat untuk menghasilkan lagu.

“Sekarang saya sudah mula mengikuti kelas vokal. Sudah tentu saya bukan penyanyi profesional, kerana minat saya tetap pada lakonan.

“Namun, minat terhadap muzik masih ada. Jadi jika ada karya atau lagu yang menarik daripada penerbit, insya-Allah mudah-mudahan ada lagi selepas ini,” katanya.

Fazura memulakan kerjaya lakonan pada usia 21 tahun menerusi filem Bicara Hati pada 2004, mendukung peranan sebagai watak utama bernama Noraini.

Antara drama yang melonjakkan nama aktres kelahiran Pekan, Pahang sepanjang kerjayanya termasuk Gol & Gincu The Series pada 2006 sebelum diteruskan dengan musim kedua setahun selepas itu.

Kali terakhir Fazura muncul di layar kaca menerusi drama Lelaki Itu yang ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada 2024.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Anak Keempat Rizal Armada Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Vokalis kumpulan Armada, Rizal Armada atau nama sebenarnya Tsandy Rizal Adi Pradana, berkongsi khabar duka apabila anak keempatnya dilaporkan meninggal dunia di dalam kandungan...
error: Hello. Cannot.